Safi Rania Advanced Corrector | Majlis Eksklusif bersama Duta Vanidah Imran

20 September 2015

Assalamualaikum. Hujung-hujung minggu macam ni, anda semua buat apa? Cuaca tak betapa nak elok ni kan, jerebu tebal sana sini, Ayue saran anda duduk saja dirumah, habiskan masa berkualiti dengan keluarga lebih baik. Jom sama-sama doa agar jerebu cepat-cepat hilang okey? Ameen.

Awal minggu ni, Ayue, Naomie dan rakan media lain pergi ke The Banjaran Hotspring Retreat di Ipoh, Perak untuk bercuti. Okey, tipu. Kami ke sana untuk majlis eksklusif Safi Rania Advanced Corrector (SRAC) bersama Dutanya, Vanidah Imran. Hehe.


Memang Ayue rasa tersangatlah bertuah kerana The Banjaran ni merupakan luxury spa resort ya. Kos penginapan disini agak mahal, sesuai untuk Ayue pergi Honeymoon je nanti. Eh?

Okey, selain rasa bertuah dapat pergi ke The Banjaran, Ayue rasa double bertuah kerana dapat ke majlis eksklusif Safi Rania Advanced Corrector dimana kami merupakan antara orang terawal yang dapat mencuba sendiri produk baru keluaran Safi ni. Bertuah ke tidak? 


Lagi best bila Ayue dapat jumpa sendiri Duta Safi Rania Advanced Corrector, Vanidah Imran secara depan-depan. Memang cantik kulit dia. Dah la tu, fotogenik habis! Tangkap lah gambar ikut mana pun, tetap cantik.


Majlis ni dimulakan dengan kata-kata dari Puan Mahsuri yang menjelaskan tentang Safi Rania Advanced Corrector. Katanya,“Kehadiran rangkaian produk rawatan antipenuaan Safi Rania Advanced Corrector dengan formulasi Nano DNA Technology bukan sekadar mengurangkan garis halus pada wajah malah merawat, merangsang, mengaktif dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda bermula dengan olesan yang pertama. Dimensi baharu inovasi kecantikan produk anti penuaan ini lebih intensif bagi masalah penuaan kulit wajah yang khusus untuk wanita Safi. Safi Rania Advanced Corrector adalah rangkaian produk antipenuaan kedua Safi selepas rangkaian produk antipenuaan Safi Rania Gold dengan formulasi Nano Emas 24k. Pengguna mempunyai pilihan menyuai padan produk Safi Rania Advanced Corrector dengan produk Safi Rania Gold bagi mendapatkan kesan optimum yang diingini dan memperoleh manfaat berganda”.

Haa, buat anda yang tertanya-tanya tu, Safi Rania Advanced Corrector merupakan rangkaian produk kedua Safi selepas Safi Rania Gold. Jangan keliru ya kerana Safi Rania Advanced Corrector ini mempunyai gabungan  formula Nano Diamond dan Nano Gold. Terbaiklah. 

Kalau sebelum ini anda pengguna setia Safi Rania Gold, nak cuba pula Safi Rania Advanced Corrector, tapi Safi Rania Gold masih ada lagi. Tak nak membazir? Takpa sebab kedua-dua produk ini boleh digunakan serentak ikut keperluan anda. Campur-campur pun boleh, tak masalah.




Doktor Lim Chin Keong, pakar estetik undangan Safi juga turut menerangkan faktor penuaan kulit wajah serta cara mencegah di majlis itu. “Penuaan kulit wajah sering dihubungkait dengan gen-gen dan DNA sel kulit yang tidak aktif dan rosak, menyebabkan protein yang penting untuk kulit muda remaja tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Safi Rania Advanced Corrector telah diformulasi khas dengan rumusan aktif DNA Teknologi yag bertujuan khusus meransang DNA sel kulit bagi mengeluarkan protein-protein penting seperti kolagen, fibronectin, elastin, dan lain lain enzim penting ke dalam setiap lapisan kulit agar kulit kekal muda remaja dan memperlahankan proses penuaan kulit wajah.”


Safi Rania Advanced Corrector ini menggunakan Nano DNA Technology yang bukan sekadar mengurangkan garis halus pada wajah malah merawat, merangsang, mengaktif dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda. Jangan tertipu dengan angka usia anda kerana kedutan boleh bermula seawal umur kita 25tahun. Jadi anda yang 25 tahun keatas tu, dah boleh lah guna Safi Rania Advanced Corrector ini.



Vanidah Imran pula sempat berkongsi tips-tips penjagaan wajah serta menenangkan fikiran dari kesibukan kerjaya disamping pengurusan keluarga dan anak-anak. “Sebagai seorang anak seni, ibu dan suri keluarga, tidak dinafikan peranannya sangat mencabar untuk memastikan setiap perkara terurus dan terlaksana. Bagi wanita 40-an seperti saya, mengembalikan keanggunan pada raut wajah merupakan impian serta langkah untuk tampil yakin menyahut cabaran sepanjang hari. Sesibuk mana pun diari harian saya, saya sentiasa memberi ruang untuk memanjakan diri terutamanya pada bahagian wajah. Syukurlah, Safi Rania Advanced Corrector menjadi teman saya untuk bermanja. Keanggunan dan keremajaan kulit dapat diabadikan dengan Formulasi Nano Diamond DNA Technology yang bertindak pada peringkat sel menghasilkan 2 kali ganda kolagen dan elastin. Kini keanggunan yang saya kecapi saya kongsikan bersama.”




Rangkaian premium produk perawatan antipenuaan SAFI RANIA Advanced Corrector boleh didapati di semua farmasi, pasaraya hyper dan pasaraya utama. 

Senarai harga rangkaian Safi Rania Advanced Corrector: 
1) Pembersih Penghidratan Mendalam Safi Rania  Advanced Corrector 100 g - RM18.75 
2) Buih Pembersih Berpelembap Safi Rania  Advanced Corrector 140 ml- RM23.00 
3) Booster Peremajaan Sel Safi Rania  Advanced Corrector RM70.30 
4) Serum Rawatan Intensif Safi Rania  Advanced Corrector 30 ml- RM62.85 
5) Krim Antipenuaan SPF27PA++ Safi Rania  Advanced Corrector 30 g- RM46.10 
6) Krim Regenerasi Sel Safi Rania  Advanced Corrector 30 g- RM49.30


Antara yang menjadi kegemaran Vanidah Imran adalah Booster Peremajaan Sel Safi Rania Advanced Corrector kerana ia diformulasi menggunakan Nano Diamond DNA Technology dan Renewal Peptide-3, Tri-Amino Peptide serta Ultra Hyaluronic Acid yang mempunyai dwi kuasa membangunkan metabolisma sel untuk mempercepatkan pemulihan sel, menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan tompok usia.





Untuk tahu lebih lanjut tentang info setiap produk Safi Rania  Advanced Corrector dan cara penggunaannya, anda boleh lihat entry Ayue di sini:





Nanti Ayue akan kongsikan pula pengalaman Ayue di The Banjaran okey? Kami sempat memanjakan diri di spa The Banjaran dan kolam air panasnya juga. Terima kasih pada Safi kerana memberi peluang pada Ayue mencuba semua ni. Nak kongsikan semua disini takut panjang berjela-jela pula. Hehe. Harap-harap dapatlah ke sana lagi sebab seronok sangat!


Untuk maklumat lanjut tentang Safi, anda boleh layari :
Instagram : @safimalaysia


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.