Assalamualaikum. Ayue baru je pindah rumah beberapa bulan lepas dari Kuala Lumpur ke Selangor supaya lebih dekat dengan tempat kerja. Maklum lah, tak tahan dengan harga minyak. Sejak pindah rumah ni, Ayue banyak juga habiskan masa berfikir bagaimana nak hias rumah baru Ayue ni sebab rumah baru ni kosong, tiada apa-apa perabot.
Sebenarnya agak mencabar ya memikirkan konsep apa yang kita inginkan untuk dekorasi ruang tamu, bilik tidur, malah dapur sekalipun. Yelah, tempat kita nak masak, mesti lah nak selesa dan menarik kan? Ayue sangat pentingkan keselesaan berbanding aspek lain.
Disebabkan nak cari idea tu agak susah sebab terlalu banyak dan kadang-kadang tu mengarut, Ayue dan tunang selalu pergi ke IKEA untuk cari idea bagaimana nak hias rumah Ayue. Dekat IKEA kan ada showroom yang cantik dan kreatif untuk setiap sudut rumah. Ruang tamu ke, bilik ke, dapur ke, bilik air semua ada. Datang je IKEA mesti macam cendawan tumbuh idea dalam kepala Ayue ni.
Paling Ayue suka adalah kabinet dapur IKEA dan perkakas dapurnya. Rambang sangat mata! Perkakas dapur pula unik-unik. Kadang-kadang tu rasa macam nak beli je semua benda, letak kat dapur Ayue. Baru lah boleh memasak dengan hati girang kan? Hehe.
Baru-baru ni Ayue ada bawa adik Ayue ke IKEA. Adik Ayue dari Melaka, dan itu kali pertama dia ke sana. Kami habiskan masa dekat 5 jam jugalah dalam IKEA tu. Bayangkan betapa lekanya kami lihat perabot di IKEA. Adik Ayue sempat beli bantal dan sedikit perkakas dapur. Senyum melebar dia puas hati.
Raya Haji dah nak dekat ni, anda tak teringin ke tengok-tengok apa yang baru di IKEA tu? Manalah tahu ada yang berkenan di hati untuk dibawa balik? Meriah sikit raya nanti. Boleh masak daging korban dengan dapur baru. Haha.
Kalau anda nak tahu, IKEA telah melancarkan "IKEA METOD Kitchen range" untuk membolehkan anda menghias dapur anda mengikut citarasa anda tersendiri dari setiap aspek.
Jom tengok video yang dibuat bersempena dengan "IKEA METOD Kitchen range" ni untuk membuat dapur yang cantik.
Video ini menunjukkan secara literal bagaimana anda boleh memasak kabinet dapur menggunakan bahan-bahan mentah yang ada di IKEA dan pelbagai METOD baru dapur boleh diletakkan bersama-sama mengikut citarasa anda. Wah! Seronoknya.
METOD merupakan modular sistem dapur yang membolehkan anda membuat pemasangan dengan mudah, ukuran dengan cekap dan gabungan pintu yang boleh diakses, kelengkapan dalaman, engsel, warna, laci bingkai, dan macam-macam lagi. Ini lah masanya untuk anda sertalah kreativiti yang ada dalam diri anda tu. Rumah anda, ruang anda, hak peribadi anda, anda yang tentukan. Barulah selesa.
Rumah Ayue ada unsur-unsur merah, kerusi pun merah. Kabinet dapur dalam video tu pun cantik juga kan? Ishh, rambang mata nya. Sebenarnya, perabot di IKEA ni agak murah jika anda pandai gabungkan mengikut bajet dan keperluan anda.
Jom cari ramuan untuk menghias dapur anda di IKEA METOD Kitchen di dalam katalog IKEA 2016 nak?
xoxo,
This post has been presented by IKEA, but all thoughts and opinions are my own
Join the conversation!