Tony Roma's | Menu Ribs, Seafood & Steak

19 September 2015

Assalamualaikum. Ayue percaya Tony Roma's mempunyai peminatnya yang tersendiri. Lagi-lagi bila bercakap tentang daging. Masakan yang berunsur daging memang merupakan kegemaran Ayue sejak dari mula Ayue kenal Tony Roma's.


Baru-baru ini Tony Roma's telah melancarkan kempen "Let’s Celebrate@Tony Roma’s" dimana kempen ini memberi peluang kepada anda untuk menyambut sebarang majlis atau perayaan di mana-mana 9 buah cawangan Tony Roma's seluruh Malaysia. Contohnya, parti hari jadi, farewell, dan sebagainya.


Menarik bukan? Untuk membuatkan kempen ini lebih menarik, Tony Roma's juga telah membuat satu contest dimana anda hanya perlu :

  • menangkap gambar majlis anda secara kreatif dan 
  • post di dalam Facebook atau Instagram Tony Roma's
  • bersama-sama hashtag #celebratetrmy15 dan
  • sertakan no resit dan nama cawangan


*Nota : Facebook / Instagram perlu di set pada "Public" sebelum upload gambar.


Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar terbaik dari setiap cawangan. Setiap pemenang akan mendapat voucher makan bernilai RM250.





Semasa pelancaran kempen ini, Tony Roma's juga telah menderma sebanyak RM35,000 kepada pekerja Tony Roma's yang terlibat dalam bencana gempa bumi di Nepal baru-baru ini.

Rasanya tak perlu Ayue nak ulas lebih lanjut tentang tragedi yang melanda Nepal. Satu dunia dah tahu yang Nepal telah di landa gempabumi yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan harta benda termasuklah keluarga pekerja mereka. Ayue kagum dengan nilai murni yang ditunjukkan oleh Tony Roma's kepada pekerjanya. Syabas Tony Roma's kerana peka dan prihatin tentang kebajikan pekerja.

Selepas penyampaian cek dan pelancaran kempen, kami semua dijamu dengan menu baru dari Tony Roma's yang bertemakan Ribs, Seafood & Steak. Menu ini boleh didapati dari 7 September 2015 - 18 Oktober 2015 sahaja.



Beef Short Rib with Cranberry Demi-Glace | Harga RM 67.73
A grilled beef short rib topped with a homemade cranberry demi-glace. Served with fire-roasted vegetables and loaded mashed potatoes.




Salmon with Shrimp In Lemon Sauce | Harga RM 59.25
Grilled salmon topped with shrimp sauteed in housemade lemon sauce. Served with choice of two sides.




Filet Mignon with Fried Onion Ring & Demi-Glace | Harga RM 63.49
Grilled to your liking and served with mashed potatoes.




Ayue dah kata tadi, menu daging dari Tony Roma's ni memang terbaik! Favorite Ayue adalah Beef Short Rib with Cranberry Sauce. Ini memang rare lah. Daging sangat lembut dan cranberry sauce nya memang sesuai dengan cara masakan daging itu sendiri. 

Jangan lupa singgah di Tony Roma's jika anda ingin buat sebarang majlis ya? Cuba juga menu terbaru mereka yang sangat sedap tu :)







xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.