Magnum Perisa Baru | Magnum White Almond

12 October 2015

Assalamualaikum. Ayue dan aiskrim tiada berpisah. Lagi-lagi kalau aiskrim vanilla. Memang favourite Ayue lah tu. Salah satu aiskrim kegemaran Ayue sejak azali lagi adalah Magnum. Semua orang tahu yang aiskrim Magnum ni terkenal dengan rasa mewah di setiap gigitan. Mana tidaknya, aiskrim vanilanya disaluti penuh dengan coklat Belgian yang tebal.


Sebagai salah satu pengeluar aiskrim premium terbesar dunia, Magnum sentiasa tampil dengan variasi perisa untuk memenuhi citarasa pelanggannya. Baru-baru ini Magnum tampil dengan inovasi terbarunya iaitu Magnum White Almond. Kombinasi yang sangat mengiurkan bukan? Ayue pula memang suka vanilla dan white chocolate. Di tambah pula dengan hirisan Almond, perfect!




Untuk pengetahuan anda, aiskrim yang digunakan oleh Magnum adalah aiskrim premium, manakala coklat yang digunakan untuk saluti aiskrim Magnum pula adalah Belgian Chocolate yang berkualiti tinggi. Sebab itulah rasanya sangat mewah dan disukai ramai. Anda wajib cuba okey? Serius sedap.

Semasa pelancaran Magnum White Almond di Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ayue sempat merasai sendiri betapa sedapnya inovasi terbaru Magnum ni. Ayue rasa semua orang pun setuju dengan pendapat Ayue sebab masing-masing tak putus-putus menjamah aiskrim dari mula hingga akhir majlis.





Sebelum pelancaran Magnum White Almond ini, majlis dimulakan dengan ucapan Mr Rakesh Mohan, Chairman of Unilever (Malaysia) Holdings. Kemudian diikuti dengan tarian penari aerial yang sangat menghiburkan.





Selain itu, tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan pengalaman premium di setiap 3 sudut yang disediakan. Sudut-sudut itu adalan sudut kecantikan dimana tetamu boleh mendapatkan khidmat manicure dan tattoo sementara. Paling menarik perhatian adalah sudut Magnum White Almond dimana para tetamu dapat menjamu aiskrim yang disedia tanpa had! Terbaiklah.






Parti ini dimulakan apabila bellon-belon putih diturunkan dan DJ Joey G mula memainkan bait-bait muzik yang havoc. Seronok benar Ayue dan rakan-rakan blogger yang lain semasa majlis pelancaran Magnum White Almond tu.



Untuk anda yang teringin nak rasa sendiri kemewahan rasa Magnum White Almond ni, anda boleh dapatkannya di semua pasaraya, hyoermarket, kedai runcit dan kedai petrol terdekat dengan harga RM4.50 setiap satu atau RM13.50 (3pcs multipack).







Sebelum balik, selain aiskrim Magnum White Almond, pihak Magnum juga ada menyediakan kami goodies bag yang paling comel sekali iaitu USB yang menyerupai Magnum White Almond. Ayue suka sangat okey! Nak guna pun sayang ni. Nampak USB je teringat Magnum White Almond. Rasa macam nak makan je. Haha!






xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.