Assalamualaikum. Semua orang tak suka bau badan. Ayue? Ayue paling takut kalau ada bau badan. Tambah-tambah bila Ayue berpeluh, dan dikelilingi orang ramai. Pheww, malu gila kalau badan berbau kan? Tak pasal je orang terpaksa tahan dengan bau badan kita semata-mata nak jaga hati. Harap-harap benda macam tu tak jadi lah dekat Ayue. Hehe.
Sebab tu tiap kali keluar rumah, Ayue akan pasti kan Ayue pakai deodorant untuk elak dari badan mengeluarkan bau yamg kurang menyenangkan. Bergerak memang bagus tetapi lebih banyak pergerakan boleh menyebabkan peluh dan bau badan yang kurang menyenangkan. Baru-baru ini deodoran terkemuka dunia dan duta Rexona, Scha Alyahya bersama penyokong kempen, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bergabung untuk menyebarkan “Kempen Pergerakan Segar Rexona” menerusi satu siri video jenaka dan berpendidikan yang menggambarkan lebih banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan.
“Kempen Rexona Fresh Move” menyokong gaya hidup sihat dan berharap untuk membangkitkan semula semangat di kalangan belia di Malaysia dan mengingatkan golongan muda untuk terus bergerak dan kekal segar.
Rexona meraikan kejayaan “Kempen Rexona Fresh Move” bersama Scha dengan menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM20,000 dan hamper untuk para pemenang pertandingan digital berkenaan yang penuh inspirasi dan bersemangat.
Semasa hari penyampaian untuk pemenang, kami dihiburkan dengan sketsa eksklusif daripada Scha bersama Nabil dan Jihan. Paparan yang tidak pernah ditonton sebelum ini, apabila 3 watak berkenaan menunjukkan fungsi Semburan Rexona dengan Freshprotect™ dan bagaimana ia membuatkan seseorang itu kekal segar dengan setiap pergerakan. Sangat kelakar okey bila melihat gelagat mereka bertiga. Tambahan lagi Rexona Fresh Move itu sendiri memang menghiburkan.
Selain itu, ada juga bas dan lrt yang direka untuk kami merasai sendiri bagaimana agaknya berada di dalam pengangkutan awam dengan bau yang kurang menyenangkan.
Untuk pengetahuan anda, semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ boleh didapati dalam lima varian iaitu Shower Clean, Free Spirit, Passion, Whitening dan Powder Dry. Bagi rangkaian lelaki Rexona dengan Freshprotect™ pula, terdapat lima varian merangkumi Ice Cool, Invisible Dry, Sport Defence, Adventure dan V8.
Semburan Rexona dengan Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion, Powder Dry, Ice Cool, Sport Defence, Adventure dan V8 bagi botol kandungan 150ml berharga RM12.50 manakala Whitening dan Invisible Dry 150ml berharga RM13.50.
Anda boleh dapatkan semburan deodoran yang diperbaharui ini di farmasi terkemuka, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/RexonaMY
xoxo,
Join the conversation!