Play-Doh berjaya mencipta rekod di The Malaysia Book of Records

01 October 2015

Assalamualaikum. Hari tu kecoh Ayue beritahu tentang Kempen Shape a Colourful Community yang dianjurkan oleh Play-Doh kan? Kalau belum, anda boleh baca disini.


Minggu lepas Ayue dan anak saudara pergi ke One Utama untuk sama-sama terlibat mencipta rekod di The Malaysia Book of Records dengan membuat rekaan menggunakan Play-Doh. Masing-masing sangat teruja sebab anak saudara Ayue memang suka main Play-Doh. 


Disebabkan terlalu teruja, kami antara yang terawal yang sampai ke kempen tu. Haha! Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ramai ibubapa yang yang hadir membawa anak masing-masing untuk sama-sama memeriahkan kempen itu termasuklah rakan blogger yang lain. Meriah! Riuh rendah dibuatnya bila seisi keluarga dapat sama-sama mencipta rekaan Play-Doh berilhamkan Malaysia.



Macam-macam rekaan yang dapat Ayue lihat. Kreatif sangat masing-masing. Ayue yang dari tiada idea nak buat apa, terus datang macam-macam idea bila tengok mereka terus menerus menghasilkan rekaan yang cantik dan kreatif. Menariknya tentang Play-Doh ni, ia bukan saja sebagai alat mainan, malah ia juga dijadikan sebagai alat pembelajaran dan kreativiti. Sebab itulah kanak-kanak sukakannya.





Disebabkan tema kempen kali ini adalah Shape a Colourful Community. Ayue membuat rekaan Ayue berilhamkan mainan tradisional masyarakat melayu. Manakala anak saudara pula lebih kepada binatang dan buah-buahan. Comel kan? Hehe. Sambil buat, sambil mengimbau kenangan zaman kecil, lepas tu tersenyum sendiri. Memang betul lah apa yang orang selalu cakap tentang Play-Doh ni. Sekali main, terus terasa diri macam kanak-kanak. Perasaan gembira tu lain macam. Haha.




Mesti anda tertanya-tanya kan sama ada kami berjaya atau tidak mencipta rekod di The Malaysia Book of Records ni. Mestilah berjaya! Kami berjaya mencipta rekod "Most Number of Play-Doh Sculptures Created in an Event" dengan 1,899 rekaan!! Wohoo!! Power ke tidak? Haha. Ayue sendiri tak sangka dapat kumpul sebanyak itu. Ayue dan keluarga dapat sumbangkan 14 rekaan. Yeay! Tahniah Play-Doh :)

(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore unveils the final number of sculptures with Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, witnessed by Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!

Oh ya, selain dari ingin mencipta rekod di The Malaysia Book of Records, kami secara tidak langsung telah menyertai pertandingan rekaan paling kreatif. Ada 2 kategori dan pemenangnya adalah :

1) Ukiran Play-Doh terbaik (bawah 12 tahun) - Aina Qistina, 7 tahun (buah-buahan tempatan didalam bakul) 
2) Ukiran Play-Doh terbaik (13 tahun ke atas) - Alvin Teoh, 36 tahun (Rekaan Doh Doh)





Sangat cantik kan! Kreatif betul mereka ni. Ayue tak terfikir pun nak buat Doh Doh tu sebab Doh Doh yang comel tu dah ada depan mata. Maskot Play-Doh ni muncul beberapa kali sepanjang majlis untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergambar dengannya. Anak saudara Ayue pun tak lepas peluang okey! Bukan main seronok lagi dia. 


Selesai membuat rekaan, kami bersuka ria pula di tapak bermainan yang disediakan. Seronok bila dapat lihat kanak-kanak bertungkus lumus membuat aiskrim mereka di tapak Swirl and Scoop Ice Cream. Tak cukup dengan tu, mereka ke Cupcake Celebration Playset pula untuk membuat cupcake. Kami yang terlebih umur ni dapat lihat je la kanak-kanak main. Walaupun pada hakikatnya teringin juga! Hahaha. Comel betul mereka berpakaian ala chef tu.






Terima kasih Play-Doh kerana memberi peluang kepada kami untuk sama-sama terlibat dalam mencipta rekod di The Malaysia Book of Records. Siap dapat sijil lagi. Hehe. Memang satu pengalaman yang paling menggembirakan kerana kami satu keluarga sangat terhibur dengan semua aktiviti yang diadakan. Tahniah sekali lagi Play-Doh!



Untuk info lanjut, boleh layari : www.playdoh.com

xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.