Assalamualaikum. Macam bosan kan minum petang tak tahu nak buat apa. Asyik-asyik menu yang sama. Apa kata anda cuba Potato Fritter ni pulak? Sedap okey. Bukan setakat untuk minum petang je, untuk sarapan pun boleh :)
Biasanya kalau nampak kentang, daripada buat cucur kentang atau mashed potato, Ayue akan buat potato fritter ni. Lagi sedap!
Biasanya kalau nampak kentang, daripada buat cucur kentang atau mashed potato, Ayue akan buat potato fritter ni. Lagi sedap!
Konsep dia lebih kurang sama dengan cucur, cuma yang ini kentang lebih dari tepung :) Jom cuba resepi kentang Ayue ni nak? Senang gila dan sedap. Haha.
Resepi Potato Fritters Sedap (2pax)
3 biji kentang - sagat nipis panjang
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 biji telur
Bawang - Potong dadu
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak masak
Cara? Campur semua bahan diatas, gaul sampai rata. Lepas tu dan boleh goreng dah guna sudu. Tak perlu minyak yang banyak untuk deep fry, cukup sekadar ada minyak untuk menggoreng.
Tips untuk dia jadi rangup, leperkan sikit bagi nipis. Kalau tebal tak rangup pulak nanti. Kurang umphh! Siap, makan panas-panas dengan sos. Sedappppp gila..rangup gila!
Bahan-bahan yang Ayue senaraikan tadi cuma basic je, kalau anda nak tukar guna bahan yang anda suka pun boleh. Takda masalah. Contohnya daun bawang, cili, lada hitam atau apa-apa je lah. Janji sedap. Hehe.
Selamat mencuba :)
xoxo,
Join the conversation!