Assalamualaikum. Baru je berlari-lari di Electric Run dua minggu lepas, kali ni Ayue terlibat dalam program lari juga, iaitu “Spirit of WIPRO Run” cuma kali ni Ayue tak lari. Hehe. Kesihatan kaki tak mengizinkan, lagi pun banyak lagi aktiviti yang ada di WIPRO Run ni tau.
“Spirit of WIPRO Run” merupakan acara larian tahunan WIPRO Unza Malaysia sejak bulan Julai 2006 lagi. Untuk tahun ini, seramai 3200 orang peserta larian adalah terdiri daripada staff WIPRO bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Ramai juga kan? Masing-masing teruja nak berlari beramai-ramai. Yela, bila terlibat dalam acara larian macam ni, semangat dia lain sikit. Yang tak pernah habis lari 5km pun akan habis bila lari ramai-ramai ni.
Terdapat tiga kategori didalam Spirit of WIPRO Run :
- 7km Lelaki Terbuka untuk peringkat umur 12 dan di atas
- 7km Kategori Wanita Terbuka untuk peringkat umur 12 tahun ke atas
- 3km Fun Run (Untuk keluarga dengan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga veteran kanan untuk mereka yang berumur 50 dan ke atas)
Krishnamurthy Sriram, the Chief Operating Officer of WIPRO UNZA (MALAYSIA) Sdn Bhd berkata, “This is the fifth year WIPRO UNZA Malaysia is organising the “Spirit of WIPRO Run” and this year also marks the 10th anniversary of the run globally. We are extremely happy with the overwhelming response we received. The WIPRO Cares funds collected from joint contributions and efforts between employees and the company by means of donations in cash or in kind have benefitted various causes. Last year, the funds collected was contributed directly to employees whose immediate families were the victims of the east coast devastating floods in Peninsula Malaysia and massive earthquake in Nepal”.
Total RM24,000 contributed by employees through Wipro Cares |
Total RM31,550 contributed by employees through Wipro Cares |
Kesemua peserta larian telah dilepaskan oleh Encik Krishnamurthy Sriram pada pukul 7.30 pagi. 3 pelari yang mencatat masa paling pantas bagi setiap kategori akan menerima pingat kemenangan. Menariknya, semua peserta akan menerima goodies beg dan t-shirt dari Wipro. Manakala pelari yang berjaya menamatkan larian kategori 7km akan menerima pingat finisher.
Semangat sungguh mereka lari kan? Sementara peserta menghabiskan larian masing-masing, Ayue dan rakan blogger lain sempat ke booth Carries Junior dimana terdapat game kanak-kanak iaitu membunuh bakteria. Mereka berpeluang memenangi produk dari Carrie Junior. Anak-anak yang main, mak mak pula yang excited lebih. Hehe.
Selesai larian, ada sukaneka! Ayue memang suka benda-benda macam ni, jadi Ayue tak lepaskan peluang lah untuk join kan. Untuk membina satu kumpulan memerlukan 10 orang ahli. Walaupun berkumpulan dengan orang yang Ayue tak kenal termasuk lah kanak-kanak, tapi semangat berkumpulan tu tinggi. Hehe.
Ada 5 permainan, kumpulan Ayue cuma menang satu permainan saja. Hehe. Syukur alhamdulillah. Hadiah dia pun best!
Acara paling Ayue geli hati adalah yang paling akhir. Memang ketawa pecah perut masing-masing kerana terpaksa mengguna segala benda yang kita ada untuk buat satu line yang panjang termasuk lah baju dan seluar peserta lelaki. Hahahah!
Memang seronok sangat. Terasa macam zaman kecil-kecil dulu. Tahniah WIPRO Unza Malaysia kerana berjaya membuat satu aktiviti yang sihat untuk kita buat di hujung minggu bersama keluarga dan rakan. Moga ada lagi tahun depan, tak sabar nak join lagi. :)
xoxo,
Join the conversation!