Assalamualaikum. Siapa yang tak suka pergi IKEA? Hehe. Susah nak jumpa kan? Ramai sangat yang suka pergi ke IKEA ni. Selain dari mencari pelbagai perabot yang cantik, berkualiti dengan design yang unik, rare, IKEA juga tempat Ayue mencari ilham bagaimana nak menghias rumah dari A sampai Z.
Mesti ramai yang dah tahu IKEA akan buka cawangan keduanya di Malaysia. Tak sabarnya nak pergi! Cawangan kedua IKEA di Malaysia akan dibuka di Cheras. Atau lebih tepat lagi di Jalan Cochrane. Lepas ni orang ramai dah ada tempat pilihan untuk pergi mencari perabot yang cantik di IKEA. Kalau di Mutiara Damansara ramai orang, boleh lari ke Cheras pula kan? Hehe.
Ayue pula memang dalam proses mencari perabot rumah. Sesuai sangat lah tu. Wee~
Untuk anda yang masih belum tahu, IKEA Cheras akan dibuka sepenuhnya mulai 19 November 2015. Get Cheras down for the biggest housewarming party in Malaysia!! Yeay!
Jom ramai-ramai serbu IKEA Cheras nanti okey?
Anda yang ingin serbu IKEA Cheras nanti, ni alamat nya :
IKEA Cheras
No. 2A, Jalan Cochrane,
Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
Mon - Thur 9:30am - 10pm,
Fri - Sun, eve & on public holiday 9.30am - 11pm
Telephone: +603 7952 7575
Selamat membeli belah! :)
xoxo,
Sponsored Video: Get Cheras To IKEA Cheras
Join the conversation!