Aktiviti Menarik di sekitar The Haven Luxury Resort, Ipoh

30 December 2015

Assalamualaikum. Ayue tau, ramai yang tertanya-tanya, kalau menginap di The Haven Ipoh, takkan nak duduk saja sepanjang hari? Memang lah ada yang datang untuk tenangkan fikiran dalam keadaan yang aman. Untuk anda yang ingin datang ke The Haven Ipoh, tapi masih ingin lakukan aktiviti menarik disekitar sini, Ayue ada macam-macam benda nak share dengan anda tau.

Untuk pengetahuan anda, selain dari swimming pool yang berbentuk kuda laut yang ada di The Haven ni, ada macam-macam lagi aktiviti yang anda boleh lakukan bersama-sama rakan mahupun keluarga. Antaranya bersiar-siar mengelilingi tasik, bersenam di gym, melakukan aktiviti lasak, malah team building juga ada sediakan di sini.

Aktiviti menarik di sekitar The Haven Luxury Resorts, Ipoh :

1) Mandi manda di Swimming Pool berbentuk Seahorse

Swimming pool seluas 60m ini berbentuk seahorse (kuda laut) dimana ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Leisure Pool, Lap Pool, Infant Pool, Jacuzzi Pool, dan Children Pool. Untuk keluarga yang datang ke sini, tak kisah lah peringkat umur berapa, semuanya sesuai untuk mandi di pool ini.



Ayue dan rakan-rakan lain semuanya mandi tak ingat dunia. Mana tidaknya, jacuzzi di pool? Jarang ada di swimming pool biasa kan. Dan paling Ayue suka adalah konsep infinity poolnya yang jelas nampak tiada kesudahan. Seperti Ayue sedang berenang-renang di dalam tasik pula. Hehe. Cantik kan?


2) Jogging sepanjang 600m di Jogging Track


Ini adalah aktiviti yang paling Ayue suka di waktu pagi selepas subuh. Sebabnya kawasan ini penuh dengan kehijauan dan suasana alam. Pagi tu Ayue tak jogging sebab terlalu banyak tempat yang kami stop untuk bergambar. Cantiknya ciptaan tuhan. 







Children Outdoor Playground

Di sepanjang 600m jogging track ni, terdapat Meditation Deck, Amphitheater, dan Outdoor Children Playground. Bukan ini jogging di waktu pagi saja tau, night walk pun boleh kerana suasana malam disekeliling tasik ini subhanallah, cantik sangat. Penuh lampu dan bintang malam.

Amphitheater



3) Beriadah di Clubhouse

Untuk anda yang gemarkan sukan indoor, di sini juga terdapat beberapa kemudahan yang anda boleh gunakan untuk bersukan. Antaranya gym, table-tennis, badminton court, squash court, indoor children playroom dan spa juga akan mula beroperasi mulai tahun 2016.

Clubhouse

Gym

Ayue cuma sempat ke gym, insyaAllah kalau diberi peluang untuk kesini lagi, mesti Ayue akan cuba kesemua kemudahan yang ada ni. Tapi sebelum guna, pastikan anda reserve terlebih dahulu kerana di The Haven, para resident juga sering menggunakan kemudahan yang ada.

Badminton Court

Squash Court

Table Tennis Court



Gym

Children Indoor Playground



4) The Haven Captivating Adventure

Aktiviti di dalam landskap semula jadi The haven termasuk Kursus Cabaran (Challenge Courses), Program Team Building dan Via Ferrata.




Via Ferrata
Ini merupakan Via Ferrata yang pertama di Peninsular Malaysia. Mendaki setinggi 76m di 'Mount Haven' tanpa perlu pengalaman. Hanya kekuatan fizikal diperlukan.

Challenge Courses
Cabaran fizikal dan halangan-halangan yang memerlukan komitmen individu dan kerja berpasukan. Ada tiga cabaran iaitu High Flyers, Overcoming Obstacles, dan The Ascender.

Kesemua aktiviti ini juga terdapat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. jadi anda tidak perlu risau anak-anak anda kebosasan ketika anda melakukan aktiviti ini.

Program Team Building
Malah, ada juga program team building jika keluarga anda, rakan-rakan, mahupun tempat kerja ingin melakukan aktiviti ini untuk memupuk pembinaan kumpulan, kepimpinan dan pembangunan peribadi.

Baca full package The Haven Captivating Adventure  : http://www.ayueidris.com/2015/12/the-haven-captivating-adventure.html





5) Pelbagai acara rasmi

Salah satu tempat untuk anda keluar dari kepompong acara rasmi seperti mesyuarat, seminar, persidangan, intensif atau persidangan adalah dengan melakukannya di tempat yang santai seperti The Haven. 



Bukan saja anda boleh lakukannya di bilik seminar atau ballroom, malah untuk lebih selesa, booking saja salah satu suite di The Haven. Bukankah lebih seronok dan santai?




6) Garden Wedding di The Haven

Okey, ini juga salah satu impian Ayue. Garden Wedding! Anda yang merangcang untuk berkahwin disini, Ayue recommend sangat kerana pemandangan disini cantik dan anda tidak perlu lagi untuk keluar mencari tempat untuk outdoor photoshoot. Cukup sekadar disini.



Ada beberapa pakej yang anda boleh pilih yang merangkumi makan dan tempat penginapan. Anda boleh pilih untuk berkahwin di dalam ballroom atau diluar saja. Kalau Ayue mestila diluar! Baru lah Garden Wedding kan. Hehe. Hubungi pihak The Haven untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan ini okey.





Macam mana? Bukan duduk saja tau di The Haven. Ada macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Takkan bosan punyalah. Ayue dan rakan-rakan blogger lain rasa tak puas duduk disini. Ada banyak benda yang kami nak buat tau.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.