Assalamualaikum. Siapa pernah dengar produk jenama B.liv? Ayue pernah dengar tentang produk mereka, "off with those heads" kerana banyak feedback positif dari kawan-kawan Ayue. Baru-baru ni mereka ada mengeluarkan satu lagi produk yang awesome iaitu B.liv CC Pores Away. Haa, PORES away? Hehe.
Salah satu masalah besar yang ada di muka Ayue ni adalah pori-pori besar. Serius. Ayue memang ada masalah ni dari dulu lagi. Dalam gambar memang tak nampak, tapi hakikatnya, orang yang pernah jumpa face to face dengan Ayue je tau keadaan kulit Ayue yang sebenar.
Tipu lah kalau Ayue kata Ayue tak kisah tentang pori yang besar ni. Mesti lah runsing. Tapi disebabkan Ayue nak menutup pori ni bila berhadapan dengan orang ramai, tiap kali keluar Ayue akan tutup dengan foundation.
Masalahnya, Ayue tak suka mekap yang tebal. Kadang-kadang bila kerja, Ayue menggunakan mekap dari pagi sampai ke malam. Jadi, Ayue lebih prefer untuk memilih BB atau CC Cream untuk nampak flawless dan tidak terlalu 'berat' di muka.
Ayue dah cuba CC Pores Away ni dan hasilnya sangat memberangsangkan. Best sangat! Meh Ayue cerita sikit tentang produk ni ya, supaya anda lebih jelas lagi kenapa Ayue cakap B.liv CC Pores Away ni best.
B.liv CC Pores Away: Complexion Correcting CC Cream
B.liv CC Pores Away merupakan complexion correction cream yang boleh melindungi kulit dan menutup pori-pori pada kulit wajah. 3 fungsi utama B.liv CC Pores Away ni adalah untuk memperbaiki kulit wajah, melindungi kulit wajah dan mengecilkan liang pori.
Direction :
Pump CC Pores Away dan sapukan pada muka dengan hujung jari hingga rata. Sapukan lebih sedikit pada bahagian muka yang perlukan lebih perhatian.
Kandungan Utama
Marula Oil
Diperkaya dengan Vitamin C, anti-oksida dan asid oleik, membantu membina semula kulit, menyediakan penghidratan dalaman dan pembaikan parut, mengecilkan liang pori.
Alga Coklat
Mempunyai keupayaan untuk pertahanan kulit wajah dari sinar UVA / UVB ray yang membahayakan. Ia juga bertindak sebagai anti-radang daripada sinaran matahari. Sesuai untuk kulit sensitif. Alga Coklat ni lah yang membuatkan ia sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana Alga Coklat mempunyai ciri-ciri anti-radang.
Alga Merah
Mempunyai Vitamin E & SPD (Superphyco-D, a marine free-radical scavenger) yang bertindak sebagai anti oksida. Ia juga mengandungi mucin yang bertindak untuk melembapkan secara cepat dan melembutkan lapisan kulit.
Review Ayue :
Walaupun tekstur B.liv CC Pores Away ni agak pekat, tapi ia sangat mudah untuk di sapu. Guna jari je dah rata satu wajah. Biasanya Ayue hanya guna 2-3 pump saja untuk keseluruhan wajah dan 1 layer saja sudah memadai. Tapi jika anda inginkan coverage yang lebih, boleh apply 2-3 layer lagi.
Ayue lebih suka gunakan B.liv CC Pores Away ni sebagai base mekap bila Ayue kena mekap yang agak heavy. Maksudnya Ayue akan apply dulu B.liv CC Pores Away, kemudian foundation, bedak dan baru mekap. Kulit Ayue jadi kurang berminyak walaupun untuk jangka masa yang lama. Kalau tak mekap, pakai B.liv CC Pores Away ni saja dah nampak cantik dah. Cewah! Haha.
B.liv CC Pores Away bukan saja berfungsi sebagai produk mekap, tapi berfungsi juga sebagai penjagaan wajah yang melembutkan dan melembapkan kulit wajah Ayue ni. Sebab tu Ayue suka. 2 in 1 gitu.
Best sangat kan? Yang paling penting, B.liv CC Pores Away ni takda Paraben, takda alcohol, takda pewangi sintetik dan takda minyak mineral.
Kalau anda nak cuba juga, B.liv CC Pores Away boleh didapati di Hermo Malaysia dengan harga RM75 (30ml). TAPI sekarang Hermo kan best. Harga untuk B.liv CC Pores Away ni hanya RM51.89 saja!!
Oh ya, Ayue ada GOOG NEWS ni! Christmas dah dekat. Tiap-tiap tahun, masa Christmas ni la masa paling best nak shopping sebab ada banyak. Hehe. Betul tak? Hermo Malaysia pun sama okey. Mereka ada Christmas SALE dengan tema ‘A Perfect Christmas’! Wooho~~
Bermula dari 1 – 29th December 2015 ada banyak promosi, diskaun, cabutan bertuah dan macam-macam kejutan lagi untuk anda. Apa lagi, jom lah shopping :)
xoxo,
Hi ayu...
ReplyDeletenak tny ambil mase brpa lame nk hilangkan pores ni dgn produk b.liv?
Tq :)