Cara Hilangkan Pedas dan Panas dengan Cepat

19 December 2015


Assalamualaikum. Rasanya sebelum ni Ayue dah pernah cerita betapa awesomenya Mamee Cool Tea ni, tapi takpa, sebab dia sedap sangat and memang mujarab untuk menghilangkan rasa pedas dan panas, Ayue nak cerita lagi. Hehe. Tapi cerita kali ni best tau! Ayue dan rakan blogger lain bersaing untuk mendapat gelaran Spicy Food Hero!! Wooho~



Bertempat di Chili Rush, Jaya One, kami ternanti-nanti apalah agaknya cabaran yang akan kami tempuh. Cuak pun ada rasanya sebab dah nama Spicy Challenge, mesti lah kena makan makanan pedaskan? Ayue memang jenis makan pedas. Cuma tu lah, kalau dah pedas sangat risau juga. 


Chili Rush Shot

Sebelum cabaran bermula, kami dihidang dengan Chili Rush Shot ni, nampak tak cili dalam air tu? Memang pedas ok, terasa pedas terus sampai ke dalam perut ni. Tapi pedas-pedas manis. Sedap! Haha. Ayue pun tak sangka air cili ni sedap rupanya bila dibuat minuman.




Lepas makan malam, kami dibahagikan mengikut group supaya senang nak buat cabaran nanti. Satu group 5 orang dan ada 5 group kesemuanya. Nak tau apa yang kami kena makan? Ni ha. Chili Rush Signature Wings yang Level 10 punya spicy! Bukan sikit-sikit pedas dia. Bila masuk je mulut, bibir automatic kebas, mata terus berair! Haha. Berdesing telinga sebab terlalu pedas.


Chili Rush Signature Wings

Di Chili Rush, tahap kepedasan cili mereka ada 10 level. Dari level 1 yang kurang pedas, kids friendly, sampailah yang level 10 yang 10 kali ganda pedas dari cili padi. Boleh refer sini kalau nak tau level spicy di Chili Rush : Chili Rush Spicy Level

Bila tengok group pertama yang buat cabaran ni, berdebar terus jantung Ayue okey. Masing-masing muka merah padam menahan pedas. Boleh ke Ayue makan nanti ni? Haha.

Bila sampai giliran Ayue, baru Ayue tau kenapa muka masing-masing merah padam. Memang pedas! Gila punya pedas! Mata berair, hidung berair. Dah lah challenge ni dibuat selama 60 saat. Dan selama 60 saat tu lah kami tidak dibenarkan meminum Mamee Cool Tea. Ayue mampu makan 1.5 ayam je. Ayue tabik spring betul dekat mereka yang boleh tahan sampai 3 hingga 4 ketul ayam. Lidah apa eh diorang?





Nasib baik ada Mamee Cool Tea. Mujarab, sungguh berkesan hilangkan rasa pedas dan panas bila makan ayam tadi. Kandungan herba semulajadi yang ada dalam minuman herba Mamee Cool ni lah yang bantu hilangkan rasa pedas dan panas dalam badan. Herba-herba tu adalah liquorice root, lotus leaf, honeysuckle and chrysanthemum flower, selfheal, grosvenor momordica fruit, mulberry leaf dan mesona chinensis.





Mereka yang paling banyak makan ayam dalam masa 60 saat tu akan dikira sebagai pemenang kumpulan. Setiap pemenang dari 5 kumpulan tu akan berentap pula di pusingan final untuk merebut hadiah lumayan dari pihak Mamee. Ayue? Confirmlah kalah! Hahah. Yang berentap di pusingan akhir adalah Bowie, Kak Mimi, Sally, Aris dan Mahamahu.



Untuk pusingan final, ayam yang mereka makan lagi pedas. Itu dah kira tahap Chili Rush Challenge Level dah. Pedas dia macam 100 kali ganda pedas dari pedas yang kami makan tadi. Menakutkan tak? Ayue rasa sebab mereka ni fikir, Mamee Cool Tea kan ada, sebab tu mereka berani makan ayam pedas macam ni.

Dan pemenang untuk Spicy Challenge kali ni adalah Aris. Dia makan 5 ketul ayam tau! Hebat ke tak? Kesemua finalist Spicy Challenge dapat membawa pulang hadiah yang lumayan dari pihak Mamee. Jealousnya!! Tahniah !


Sally - Pemenang tempat ke 2

Masing-masing lepas habis cabaran, terus minum Mamee Cool Tea. Hehe. Bagus betul minuman herba dari Mamee ni. Ayue pun mula-mula macam tak percaya, tapi bila dah cuba sendiri, memang mujarab untuk membantu mengurangkan panas badan dan hilangkan rasa pedas secara cepat. Lagi cepat dari anda minum air sejuk tau.

Disebabkan rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan masakan yang pedas dan panas, anda kalau rasa nak pergi mana-mana tempat yang hidangkan makanan pedas atau panas macam durian tu, boleh lah bawa Mamee Cool Tea ni sekali. Peneman panas dan pedas anda yang paling bagus. Hehe. Nak minum masa panas badan akibat cuaca yang panas pun boleh. Lagi bagus.



Anda boleh dapatkan Mamee Cool Tea ni mana-mana 7-Eleven stores, Aeon, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell dan Mydin. Minuman Herba Mamee Cool Tea ni ada 3 flavor tau. Ada Teh Herba Original, Teh Herba + Kekwa dan Teh Herba + Teh Hijau. Semua sedap, tapi Ayue paling suka yang original tu.


Group photo credit to : Mamee Cool Tea FB Page



Untuk maklumat lanjut tentang Mamee Cool Tea, boleh layari :

Facebook : www.facebook.com/mameecooltea
Instagram : www.instagram.com/mameecooltea/





xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.