Jom Asingkan Sampah!

06 December 2015

Assalamualaikum. Sedar ataupun tidak, dalam kehidupan seharian kita, manusia cenderung untuk membuang sampah yang banyak. Cuba perhatikan, saat Ayue menaip ni pun, Ayue sedang kunyah roti perisa vanila. Plastik roti tu sampah bukan? 

Setiap individu di Malaysia menjana 1.14kg sisa domestik sehari dan 30% daripadanya adalah bahan yang boleh dikitar semula. Bunyinya macam sikit, tapi kalau dicampur dengan semua manusia yang ada di Malaysia ni, boleh tertimbus agaknya kita dengan sampah-sampah ni. Jadi, pernah tak anda fikir, ke mana perginya sampah yang anda buang tu? Dikitar semula ke, dilupuskan ke, ditanam ke, atau disimpan saja buat pekasam di tapak pelupusan sampah tu?


Sebab bimbangkan kuantiti sampah yang kian hari makin meningkat dengan penambahan jumlah penduduk di negara kita, kerajaan dah pun mewajibkan kita mengasingkan sisa pepejal mulai 1 September 2015 hari tu. Yela, sebelum ni semua sampah kita buang dalam 1 plastik. Tak kira lah sampah apa, semua sumbat janji sampah tu boleh dibuang. Betul tak? Sekarang kita kena asingkan sampah supaya proses kitar semula menjadi mudah. 



Bak kata orang, lebih baik mencegah daripada merawat. Jadi, sebelum sampah-sampah tu semua menjadi beban yang tak tertanggung oleh kita hingga memudaratkan kesihatan dan persekitaran yang busuk, lebih baik kita cegah dari sekarang. Mulai Januari 2016 nanti, penguatkuasaan asingkan sampah secara menyeluruh akan dilaksanakan. Jadi jom kita biasakan diri dari sekarang okey?



Jenis Sisa Kitar Semula

Jenis Sisa Baki


Macam Ayue yang duduk bujang ni, sampah tidaklah terlalu banyak. Surat khabar pun tak dibeli. Paling banyak adalah sisa makanan. Tapi, sampah-sampah yang boleh dikitar semula, Ayue asingkan supaya dapat kurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. 


Disebabkan peningkatan jumlah sisa pepejal negara meningkat secara mendadak hingga mencecah 38 ribu tan setiap hari dan mengundang masalah pencemaran, kerajaan kini tampil dengan kaedah yang lebih berkesan dalam sistem pengurusan sisa negara. Mereka sedang meneroka penggunaan teknologi terkini bagi mengurus sisa dan pembinaan loji ‘Waste To Energy(WTE) pertama di Malaysia menjelang tahun 2020.

Teknologi Waste To Energy ni stabil dan selamat. Walaupun ia membakar sampah kira-kira 100,000 tan sehari, ia mampu menjana tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan. Waste To Energy ni merujuk kepada pelbagai teknologi yang merawat sisa dan dapat menjana tenaga daripada sisa. Baguskan? Dari terbuang macam tu je, boleh dibuat tenaga pula sekarang ni.

Tak sabarnya nak kurangkan tapak pelupusan sampah yang busuk tu! Jadi, buat masa sekarang, kita teruskan menguruskan sampah dengan bijak okey? :)




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.