Kulit Nampak Lebih Muda dengan Olay Total Effects 7 in One Day Cream

21 December 2015



Assalamualaikum. Pagi-pagi lagi Ayue dah bangun sebab excited nak tulis review tentang produk yang baru Ayue cuba, Olay Total Effects 7 in One Day Cream (Normal). Kulit Ayue ni jenis yang berminyak dan kadang-kadang ada masalah jerawat. Paling penting, umur Ayue dah meningkat. Kulit dah tak segebu dulu. Jadi sebelum kulit wajah Ayue ni mula nampak garis-garis yang tak diingini, baik Ayue lambatkan proses dia. Betul tak? Hehe.



Olay Total Effects 7 in One Day Cream (Normal) – 50g



Directions : Sapu secara merata pada wajah dan leher yang telah dibersihkan dua kali sehari. Cukup lembut untuk kegunaan harian, dan direka untuk menggantikan pelembap dan penjagaan khusus kulit anda.


Untuk yang kerja macam Ayue pula, sering tidur lambat dan sentiasa tertekan dengan kerja harian, lagi mempercepatkan proses penuaan tu. Waaa!! Siapa yang nak kulit berkedut cepat kan? Malah, tanda-tanda penuaan juga dapat percepatkan dengan peningkatan penggunaan gula yang kita ambil hari-hari. Risaunya. Nanti umur baru 28, dah nampak macam 38 tahun!

Nak tau tanda-tanda penuaan kulit dan macam mana Total Effect membantu melawan 7 tanda penuaan kulit tu? Ni Ayue senaraikan :

1) Garis halus dan kereput – membantu menyamarkan garis halus dan kereput
2) Warna kulit tidak sekata – membantu menyeimbangkan dan meratakan warna kulit
3) Bintik hitam – membantu menyamarkan bintik hitam
4) Tekstur kulit tidak sekata – membantu melembutkan dan meratakan tekstur kulit
5) Kulit kering – melembabkan dan menutrisi kulit
6) Kulit kusam – untuk kulit yang tampak lebih cerah
7) Pori-pori besar – membuat pori-pori tampak lebih kecil


Haa, ada tak anda mengalami salah satu tanda yang Ayue senaraikan tadi. Kalau ada, cepat-cepatlah bertindak okey sebelum terlambat. Hehe. Kalau ikutkan, Ayue kurang gemar guna krim siang sebab kulit Ayue jenis berminyak. Tapi sebab nak hindarkan kulit Ayue cepat kelihatan tua sebelum waktunya, dan nak tutup sikit pori-pori Ayue yang besar ni, Ayue cuba jugalah Total Effects ni. Lagipun, Total Effects ni cepat kering dak tak berminyak. Siap ada SPF lagi. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Tau tak kenapa Ayue suka Total Effects ni. Sebab pada Ayue, krim ni sesuai untuk wanita muslimah. Yela, bila kerja, masa solat kita kena tanggalkan segala mekap yang ada. Bila dah tanggal mekap, nak mekap balik pun dah makan masa. Jadi Ayue guna saja Total Effect ni untuk melembabkan kulit dan mempercepatkan proses mekap tadi. Ala, kalau kulit dah cantik, gebu, letak bedak sikit pun dah cantik. Cewah! 



Untuk yang berkulit kering pula, Ayue tau, mesti korang mengalami masalah kulit tak sekata kan. Bila pakai mekap pun nampak macam bertompok-tompok. Wanita dan mekap kan memang kamceng gitu. Kalau tak banyak pun, mesti sikit nak guna. Takkan lah nak pergi kenduri kahwin muka togel je. Sebab tu lah pentingnya kulit lembab ni. Bila kulit bertambah lembut, tompok-tompok pun hilang, kulit kasar, jerawat halus semua dah takda. Kulit mesti nampak glowing habis. Awet muda gitu. Haha!







Apa yang Ayue suka tentang Olay Total Effects 7 in One Day Cream (Normal)


1) Teksturnya sangat lembut, tidak melekit dan ringan
2) Wangi tetapi tidak terlalu kuat. 
3) Harga yang sangat berpatutan. Guna sedikit saja sudah memadai, jadi ia tahan lama.
4) Cepat menyerap, cepat kering dan tidak berminyak
5) Buat kulit sentiasa lembut dan gebu.
6) Non-komedogenik (Tidak menyumbat pori-pori)
7) Sesuai untuk semua jenis kulit
8) Packaging kemas dan comel, sesuai untuk dibawa travel 

*Sangat bagus untuk wanita berumur hujung 20-an yang memerlukan krim anti-penuaan



Best tak? Kalau anda nak cuba juga Total Effects 7 in One Day Cream, cepat-cepat dapatkan di pasaraya dan farmasi terdekat okey? Sepanjang bulan Disember ni ada promotion tau!! Rugi lah kalau tak grab cepat-cepat. Heheh.




xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.