Assalamualaikum. Kali terakhir Ayue ke Genting masa Ayue masih sekolah rendah dulu. Itu pun arwah ayah bawa jalan-jalan masa cuti sekolah. Bila dah besar ni baru berkesempatan nak ke sana lagi. Banyak rupanya yang dah baru. Terutama pilihan makanan yang ada di Genting. Masa program Back to Nature tempoh hari, Ayue berpeluang menikmati buffet di Coffee Terrace, Resort World Genting.
Ayue suka dengan konsep kontemporari yang dibawakan oleh Coffee Terrace ni. Sangat luas, tenang dan selesa untuk menjamu selera.
Ada pelbagai pilihan makanan yang ada boleh cuba disini antara nya pelbagai makanan melayu, chinese, western, indian, malah makanan jepun juga ada disediakan disini. Bagi penggemar sushi, tempat ni pastinya menjadi tempat yang anda akan suka sebab ada salmon fresh disediakan untuk anda.
Hampir kesemua jenis makanan disini Ayue cuba. Tak tahan tengok macam-macam makanan yang terhidang. Ayue suka makanan jepun, jadi sushi is a must! Makan pula dengan tempura, lagi lah. Sedapnya.
Paling Ayue suka di Coffee Terrace adalah bahagian dessert nya. Seriously heaven! Ni first time Ayue ke buffet yang sangat kaya dengan pilihan dessert. Aiskrim, manisan, kek, crepe, malah popcorn juga ada. Mana satu nak makan dulu ni? Hehe.
Pilihan aiskrim yang ada pula bukan calang-calang. Tengok lah, kitkat green tea tau. Ayue sempat juga rasa coklat crepe dan popcorn. Coklat fountain pun terdapat 3 pilihan yang anda boleh pilih, green ta, coklat dan strawberi. Sedap-sedap belaka semuanya.
Untuk anda yang ingin ke sini sempena Christmas dan cuti hujung tahun, Resort World Genting telah membuat 2 package buffet yang menarik di Coffee Terrace iaitu Escape to Wonderland Buffet dan Special Christmas and New Year Buffets.
Escape to Wonderland Buffet
Untuk menikmati hidangan percutian yang best, Escape to Wonderland buffet menyediakan tema F&B di Coffee Terrace, Genting Grant (Lobby Floor) mulai 1 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016.
Nikmati hidangan buffet yang mempunyai konsep dapur terbuka dengan pelbagai menu termasuk menu Barat, Malaysia, China dan Jepun. Sebagai pembuka selera, appetisers dan salad adalah sebahagian daripada buffet. Pastri serta gula-gula seperti Gummy Peach Ring, Puding Kiwi Jelly Rainbow Twist dan Chocolate Fountain untuk Marshmallow, Popcorn, gula-gula kapas, crepe, ais krim dan cendol juga merupakan sebahagian daripada manisan menarik yang disediakan.
Buffet ini disediakan untuk makan tengah hari:
Time : 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang
RM55 untuk dewasa
RM20 untuk kanak-kanak
Buffet makan malam
Time : 17:00-21:30
RM88 untuk dewasa
RM35 untuk kanak-kanak
Special Christmas and New Year Buffets
The Christmas Day dan New Year’s Day menu buffet menghidangkan makanan seperti makanan laut A’la Plancha, Pasta Aglio-Olio dengan Salai Duck, kentang lecek dengan Chick Peas & Turki Ham, Charbroiled Spring ayam dengan Rempah Asia & Herbs berkhidmat dengan Sos BBQ dan Old Fashion Chicken Pie.
Di Carving Station, pelbagai daging yang lazat menanti termasuk Slow Roast Denver Lamb, Slow Cooked Back Beef Ribs in Oven, dan Roasted Turkey with Chestnut Stuffing and Vegetables. Untuk pencuci mulut pula terdapat Christmas pudding, Yule Log dan Christmas cookies.
Menu bagi Hari Krismas dan Tahun Baru menawarkan hidangan yang menarik seperti Lamb Shepherd Pie, Seared Fish with Lemon Mustard Dressing & Capers, Pasta in Tomato Sauce & Baby Octopus, Chicken Garden Bleu, Butter Mix Green Vegetables and Cream of Trip Mushroom Soup yang sangat sedap.
Buffet ini disediakan untuk makan malam pada 24 dan 31 Disember 2015, 5.00pm - 9:30pm:
RM98 nett (dewasa)
RM49 nett (kanak-kanak)
Ia boleh didapati untuk makan tengah hari dan makan malam pada 25 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 :
RM98 nett (dewasa)
RM49 nett (kanak-kanak)
Selamat menjamu selera :)
xoxo,
Join the conversation!