Suite / Room Rates di The Haven Luxury Resort, Ipoh

21 December 2015

Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue dan rakan blogger lain ke The Haven Luxury Resort, Ipoh untuk menikmati betapa tenang dan damainya pemandangan di sana. Malah, Ayue juga difahamkan The Haven merupakan salah satu penginapan mewah yang baru saja mendapat taraf 5 bintang oleh Tourism Malaysia. Wah! Excitednya.


Di The Haven, Ayue sebilik dengan Eyza, Sally dengan Siti dan Numi dengan suaminya. Kata Numi dia nak honeymoon ala-ala romantika di sini. Hehe. Sesuai sangat lah tu. Pasangan pengantin baru kalau ke sini mesti romantik gila.


Untuk pengetahuan anda, kesemua suite di The Haven berkonsep condotel (condo + hotel) dimana setiap suite akan ada ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air. Condominium mewah ini terdiri daripada tiga menara setinggi 26 tingkat dan mempunyai 512 unit di dalamnya. Menariknya, unit condominium ini bukan saja dijadikan sebagai hotel, malah ada juga unit yang untuk dijual. Sebanyak 150 unit diuruskan oleh Best Western International group dibuka untuk pelancong datang dan menikmati resort mewah ini. Kan best kalau Ayue dapat sebijik condo dekat sini? Cewah! Berangan kejap. Hehe.


Okey, jom cerita pasal suite pula. Interior di setiap suite berkonsep alam semula jadi dimana warnanya merupakan gabungan Beige, Brown dan Grey. Masuk saja di dalam suite kami, Ayue dan Eyza ternganga sekejap. OMG, cantiknya! First time Ayue menginap di condotel, macam ni rupanya. Patut lah review mereka yang datang ke sini rata-ratanya berpuas hati dengan suite yang disediakan.





Antara kemudahan yang ada ialah :
TV flat screen 40 inch
Astro Channel
Daily housekeeping
Laundry Service
Safe Deposit Box
Wifi Fibre Optic
Fridge
Microwave


Mereka yang datang ke sini bersama keluarga tak kira lah kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas, mesti seronok dengan segala kemudahan yang ada. Binatang peliharaan jangan bawa pula ya? Tak dibenarkan disini. Merokok pun tak boleh! Janganlah kita merosakkan alam sekitar yang kaya dengan udara nyaman ni okey? Rugi namanya.




Oh ya, anda hanya dibenarkan memasak jika anda tinggal di sini melebihi dari satu (1) minggu. Tapi jangan risau lah, mesti tak terasa nak masak punya. Makanan di The Haven ni semuanya sedap-sedap tau. Paling penting kesemua makannya tidak menggunakan sebarang perisa tambahan atau MSG. Baguskan.


Ni lah dia bilik Ayue. Nampak sangat selesa kan? Unit yang Ayue duduk ni dilengkapi dengan 1 bilik dan 1 bilik air. Sesuai untuk anda yang ingin honeymoon. Malam-malam tak payah buka air-cond pun takpa sebab angin malam sama sejuk dengan air-cond. Nyaman pula tu.






Bilik air pula dilengkapi dengan shower dan bathtub yang berasingan. Ayue lebih suka konsep macam ni berbanding sesetengah hotel yang gabungkan shower dan bathtub. Ayue memang pantang jumpa bathtub ni, siap berendam sampai terlelap okey dalam ni. Haha.




Paling Ayue suka mesti lah Balkoni sebab kami boleh bersantai tengok tasik dan keindahan alam sambil minum teh panas. Tenangnya rasa. Lupa sekejap segala masalah serabut yang ada dikepala ni.




Macam mana? Suka tak? Untuk anda yang ingin menginap disini, ni Ayue sediakan contoh pemandangan beberapa jenis suite lain yang ada di The Haven ni. Ada 7 jenis suite semuanya. Konsep bilik dan ruang tamu hampir sama, yang membezakan setiap suite adalah berapa bilik yang ada. Anda juga boleh pilih sama ada ingin pemandangan Lakeview atau Horizon view yang mengadap bandar Ipoh. 

Suite / Room Rates di The Haven Luxury Resort, Ipoh

Pemandangan One (1) & Two (2) Bedroom Suite

Pemandangan  2+1 Lakeview Standard

Pemandangan  2+1 Lakeview Deluxe

Pemandangan 2+1 Lakeview Suite & 3 Bedroom Suite

Pemandangan 3+1 Bedroom Premier Suite - Living Room

3+1 Bedroom Premier Suite - Bathroom

Kalau anda betul-betul nak bercuti ke sini, boleh contact Ayue ya, Ayue akan bagi contact PIC di sana, manalah tahu boleh dapat diskaun lagi? InsyaAllah :)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://thehavenresorts.com/
Facebook : https://www.facebook.com/thehavenresort



Selamat bercuti~ :)



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.