Assalamualaikum. Sedar tak sedar, Mamee dah pun berusia 45 tahun. Dulu masa kecil, Ayue selalu tahan babu yang lalu depan rumah sebab nak beli Mamee Monster yang dia jual. Hehe. Tak sangka sampai sekarang jenama Mamee masih lagi famous bukan saja dikalangan kanak-kanak, malah orang dewasa.
3 Disember hari tu, Ayue bersama dengan rakan blogger dan media yang lain berpeluang meraikan ulangtahun Mamee yang ke 45 tahun di Mamee Jonker House Melaka. Bagi yang masih tidak tahu, Mamee Jonker House merupakan stor konsep jualan Mamee dimana anda bukan saja dapat membeli barangan Mamee disana, malah dapat melakukan aktiviti seperti membuat dan menyediakan Mamee anda sendiri. Menarik kan?
Sepanjang perjalanan kami ke Melaka, kami tidak bosan langsung kerana pihak Mamee dah pun menyediakan pelbagai aktiviti supaya kami tidak tidur. Hehe. Siap ada lucky draw dan pertandingan karaoke tau. Memang seronok lah! Ayue menang lucky draw, alhamdulillah. Suara mereka yang masuk bertanding karaoke pun sedap-sedap. Dah macam konsert dalam bas. Lagi-lagi bila Afiq yang menyanyi.
Sampai saja di Mamee Jonker House, kami dibawa mengelilingi Galeri World of Good Taste. Galeri ni baru saja dibuka. Galeri ni ibarat macam rumah Mamee Monster lah. Cantik mengalahkan rumah Ayue. Hehe.
Galeri of World Good Taste
Ia merupakan Mamee Monster House yang pertama di Malaysia dengan pelbagai segmen menarik untuk bergambar. Segala sejarah dan evolusi produk Mamee Double Decker dapat dilihat di sini.
Dapur Lil Monster
Kemudian kami Dapur Lil Monster untuk mengetahui cara penghasilan snek Mamee yang lazat. Dapur Lil Moster menawarkan pengalaman istimewa dimana anda boleh menyediakan snek Mamee kegemaran anda sendiri. Bengkel selama 90 minit ini akan mengajar anda untuk menyediakan bahan-bahan serta langkah penghasilan snek Mamee bersama krew Mamee.
Noodle Doodle
Lepas buat snek Mamee sendiri, mesti lah nak buat cawan Mamee sendiri kan. Di Noodle Doodle, anda boleh melukis dan mewarna cawan dan kemudian mencipta resipi mee cawan anda sendiri. Anda boleh pilih kondimen yang anda sukai.
Kafe Mamee Jonker House
Selesai semua aktiviti, kami dijamu dengan makanan yang sangat sedap di Kafe Mamee. Antara yang menarik disini adalah Laksa Kari Mamee Chef, Mee Goreng Mamak Mamee, dan paling Ayue suka adalah resipi tradisi istimewa Nasi Ayam Hainan. Kalau datang sini, wajib cuba ni okey. Semua sajina ni dah pun mendapat pensijilan Halal oleh JAKIM Malaysia.
Stor Cenderamata Mamee
Sebelum balik, haruslah shopping dulu di stor cenderamata Mamee ni. Mana boleh balik dengan tangan kosong. Pelbagai koleksi cenderamata edisi terhad yang anda boleh beli. Cantik-cantik semuanya sampai Ayue rambang mata! Miniature pembuatan Mamee dikilang juga ada.
Jangan lupa datang ke Mamee Jonker House sempena ulangtahun Mamee ke 45 tahun ni okey? Macam-macam aktiviti menarik yang ada. Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.mameejonkerhouse.com
Instagram : @mameejonkerhouse
xoxo,
Join the conversation!