Assalamualaikum. Untuk entry ni Ayue hanya nak share jenis-jenis bilik yang ada di Ajlaa Village Resort ni okey. Kalau nak tau macam mana pengalaman 2 hari 1 malam Ayue dan rakan-rakan blogger lain, boleh baca disini :
Untuk anda yang ingin keluar dari hiruk pikuk KL yang sesak tu, tapi taknak pergi jauh-jauh, Ajlaa Village memang satu tempat yang paling sesuai sebab disini selain dari udaranya yang nyaman, anda boleh rehatkan minda dengan menikmati suasana hijau disekeliling Ajlaa Village.
Selain tu, untuk anda yang ingin datang dalam kumpulan yang ramai, team building contohnya, Ajlaa Village juga ada sediakan dorm dan dewan bagi memboleh kan anda membuat aktiviti beramai-ramai. Nak solat berjemaah pun boleh. Setiap bilik di Ajlaa ni takda aircond ya sebab udara kat sini pun dah cukup sejuk. Tak perlu aircond pun. Tidur malam menggigil-gigil tau.
Bilik terapung atas air (Floating Chalet) | RM120 semalam
Bilik yang paling Ayue suka adalah bilik terapung atas air ni. Subhanallah. Cantiknya. Nyaman je rasanya kalau duduk dalam bilik ni. Siap boleh pancing ikan lagi tau. Sewa je pancing dengan harga RM10 setiap satu. Untuk keluarga kecil atau anda yang saja datang untuk memancing, boleh la duduk di bilik ni. Cuma masalah untuk wanita, bilik air untuk bilik ni terletak di luar. Kalau pihak Ajlaa dapat sediakan bilik air didalam bilik ni memang tiptop lah!
Banglo atas air | RM950 semalam
Banglo ni pula sesuai untuk anda yang datang dalam family yang besar. Nak buat reunion ke, family gathering ke, boleh lah ambil banglo. Banglo ni ada 7 bilik, setiap bilik ada katil queen dan almari. Siap ada BBQ dan ruang tmu untuk anda berkumpul satu family tengok TV. Nak mancing pun boleh.
Family Room | RM200 semalam
Ni pula bilik yang Ayue tidur untuk 2 hari 1 malam. Besar bilik ni. Sesuai untuk family yang kecil atau team building pun boleh juga. Siap ada sofa lagi. Memang selesa lah. Di bangunan ni siap ada media room. Jadi kalau anda nak bosan malam-malam, boleh datang lepak dibilik tengok TV. Astro dan bilik air ada disediakan.
Media room |
Dorm
Ni pula dorm. Sesuai untuk anda yang datang beramai-ramai untuk team building, seminar, latihan dan juga kem-kem untuk institusi kerajaan ataupun swasta. Disini juga anda boleh solat berjemaah beramai-ramai tau.
Sekarang pihak Ajlaa sedang buat penambahbaikan lagi. Nanti akan ada dewan dan kawasan tempat makan bagi menudahkan pengunjung yang datang ke sini. Tempat masak dan tempat BBQ semua ada. Jadi anda tak perlu risau tentang makanan okey?
Secara keseluruhan, terdapat 34 chalet (di sekitar kolam dan di lereng bukit), 2 kolam mandi (dewasa dan kanak-kanak), 3 kolam ikan, gazebo, bilik diskusi, dewan serbaguna dan dorm di Ajlaa Village ni. Paling Ayue suka adalah air di Ajlaa Village ni semuanya dari air mata air termasuk lah air kolam renang dan bilik air. Best kan?! Kolam renang dewasa tu dalam okey. Memang puas lah mandi. Hehe.
Untuk pengetahuan anda, Ajlaa Village ada menjual pelbagai jenis ikan organik air tawar seperti Haruan, Tongsan, Rohu, Jelawat, Patin, Temoleh, Tilapia, Ketutu, Baung, Lampam, Puyu dan Lee Koh. Malah teerdapat juga pelbagai pokok buah-buahan tempatan antaranya Durian, Duku dan Rambutan yang turut menjadi tarikan pengunjung di Ajlaa Village ketika musim buah.
Tak jauh pun Ajlaa Village ni. Cuba lah stay sini okey?
AJLAA VILLAGE RESORT
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jln Hulu Langat, 43100, Selangor
Tel : 019-8154750 / 017-2931955
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : ajlaavillageresort.blogspot.my
Facebook : www.facebook.com/ajlaavillage
Instagram : www.instagram.com/ajlaavillage
xoxo,
Join the conversation!