Assalamualaikum. Masuk hari kedua, lagi banyak benda Ayue nak share sebab hari kedua ni ada macam-macam aktiviti yang kami lakukan sepanjang hari. Untuk anda yang belum baca entry Day 1 Ayue di Ajlaa Village Resort, boleh klik link dibawah okey.
Bangun pagi di Ajlaa Village memang memang nyaman, segar dan sejuk! Bayangkan takda aircond pun kami siap berselubung dengan selimut. Macam tidur dekat kampung pula. Hehe.
Pemandangan pagi di sini tersangatlah breathtaking. Tengok tu, Ayue siap feeling-feeling lagi masa matahari muncul tau. Maklumlah, bukan senang nak dapat pemandangan macam ni kan. Kiri kana semua hijau. Memang aman damai je rasa.
Sebelum mula aktiviti, pihak Ajlaa sediakan sarapan untuk kami. Ya ampun, sedapnya la hai nasi lemak ni. Nampak sangat menyelerakan okey. Haruslah tambah lagi sebungkus kan. Mana cukup satu. Hehe. Makan kena cukup sebab lepas ni nak buat aktiviti berat pulak.
Hari ni kami akan jungle trekking didalam hutan keliling Ajlaa ni. Jangan risau sebab tak lah susah mana pun jungle trekking ni, Ayue yang lembik ni pun boleh tau. Ada 2 orang yang guide kami sepanjang trekking. Kebetulan masa kami pergi tu baru je lepas hujan, jadi agak licin lah. Alhamdulillah takda siapa pun yang jatuh tergolek. Hehe.
Kerjasama setiap orang memang penting tiap kali buat aktiviti macam ni. Nampak tak betapa kami sayang antara satu sama lain? Haha. Suka pula tengok sungai kecik-kecik ni. Tak sabar rasanya nak sampai ke "Hidden River', sungai yang ada di Ajlaa Village ni.
Lebih kurang 15 minit masa untuk sampai ke sungai ni, tapi kami ambil masa 30 minit sebab kejap-kejap stop nak selfie. Hahah! Benda wajib kot?!
Seriously, heaven nya rasa mandi sungai. Dah bertahun-tahun rasanya Ayue tak mandi sungai. Rasa segar bila dapat air semulajadi ni. Yang lain pun seronok jugak. Tu yang tersengih masing-masing tu. Happy terlampau.
Selesai mandi, kami jalan kaki untuk balik ke Ajlaa, tapi tengah jalan jumpa pula pakcik aiskrim. Adoi, macam tau-tau je kami semua kepenatan kan. Masing-masing makan aiskrim macam bertahun tak makan. Haha.
Sampai semula di Ajlaa, kami yang tak dapat mandi kolam malam semalam, tak lepaskan peluang untuk rasa kolam renang buatan Ajlaa ni. Bestnya bila dapat mandi air mata air ni. Feeling dia lain macam. Tak sama macam mandi air berklorin tu. Hehe.
Memang puas sangat kami bercuti di sini. 2 hari 1 malam yang sangat bermakna. Dapat eratkan lagi hubungan kami bloggers ni. Bukan selalu dapat spend time macam ni kan? Terima kasih pada pihak Ajlaa Village untuk pengalaman yang tak terhingga ni. Oh ya, makanan kat sini semua sedap-sedap tau. Boleh montel Ayue kat stay lama-lama kat sini.
Untuk anda yang nak rasa sendiri pengalam bercuti dan bermalam di Ajlaa Village, kat bawah ni ada info yang boleh anda rujuk. Best of luck!
AJLAA VILLAGE RESORT
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jln Hulu Langat, 43100, Selangor
Tel : 019-8154750 / 017-2931955
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : ajlaavillageresort.blogspot.my
Facebook : www.facebook.com/ajlaavillage
Instagram : www.instagram.com/ajlaavillage
xoxo,
Join the conversation!