HealthLand Wellness Center | Selesa dan Harga Berpatutan

27 January 2016

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak manjakan diri. Asyik sibuk dengan benda lain je kan. Kerja lagi, blogging lagi. Penatnya la hai. Bila dapat invitation ke Healthland Wellness Center, takda fikir panjang dah. Ayue terus ON! Masa ni lah nak rehat dan manjakan diri kan.


Ayue suka sangat kalau dapat urut satu badan ni. Maklum lah, mak Ayue kan tukang urut, kalau dekat kampung lama dah minta mak Ayue urutkan. Dah lemau betul badan ni. Urutan ni bukan saja untuk orang sakit, tapi bagus untuk kita tenangkan minda juga. Yelah, penat pengadap masalah hari-hari. Stress kan? Hehe. 

HealthLand Wellness Center menawarkan pelbagai servis dan program kesihatan yang bercirikan gaya hidup holistik. Ada banyak jga cawangannya seluruh Malaysia. Tapi yang Ayue pergi adalah di Setia Alam. Agak besar, first time Ayue pergi spa yang bertingkat-tingkat. Selalunya di shopping mall je. Bukan saja untuk wanita, lelaki juga boleh dapatkan treatment disini.
Deko ala-ala Bali ni buat kita rasa macam berada di Thailand pula. Hehe.


Masuk saja, Ayue diberi air serai sebagai 'Welcoming drinks'. Ayue tak pasti untuk apa air serai ni, tapi sedap juga.


Servis manicure dan pedicure dilakukan oleh Amante. Ayue diberi 'hand paraffin treatment' sebagai permulaan. Tangan Ayue diurut dengan krim dan direndam bebebapa kali di dalam paraffin wax yang suam. 



Boleh nampak tak lama-lama terbentuk satu lapisan wax tu. Lepas je terbentuk lapisan tu, tangan Ayue dibalut pula dengan cling wrap selama 10 minit. Selesai hand paraffin treatment ni, tangan akan rasa berminyak dan melekit, tapi lepas kita lap semua tu. Ya ampun, lembutnya tangan. Kulit-kulit keras di kuku semua lembut!



Lepas tangan, mestilah kaki pula. Ayue kena pastikan kaki Ayue bersih sebelum orang nak urutkan. Baru bersihkan kaki dah syok, belum urut lagi kan. Haha.




Ayue dibawa ke satu bilik ni untuk urut kaki. Biasanya bilik urut kaki Ayue seorang je, tapi di Healthland Wellness Center, kaki anda akan diurut di mini theatre room! Fuh, terkejut juga masa Ayue mula-mula masuk tu. Nak tengok wayang ke nak urut kaki ni. Luas dan sangat selesa. Kami siap diberi headphone untuk dengar rancangan apa yang ditayangkan.


Urutan pula sangat best. Macam tau je kaki Ayue memang sakit, Ayue sengaja biarkan akak ni urut kuat-kuat. Urutan kaki ni baik untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan toksin badan, melepaskan tekanan dan meningkatkan fungsi organ. Punya best urutan di sini sampai nak terlelap Ayue dibuatnya. Urutan kaki ni dilakukan selama 60 minit.


Cuma, mini theatre room ni adalah unisex. Kalau anda nak kan privacy, boleh minta kerusi yang belakang sekali okey. Dan, yang paling penting, kalau anda kesini, sila lah datang pakai kain sebab masa urut ni anda akan diminta pakai seluar pendek untuk memudahkan mereka mengurut. Kalau anda pakai seluar macam Ayue, Ayue terpaksa jalan dari bilik salin baju hingga ke mini theatre tu pakai seluar pendek tau! Nasib baik tiada lelaki masa tu. Haha. Apapun, urutan kaki memang terbaik.

Untuk urutan badan, Ayue diberi pilihan sama ada Thainess Oil Massage atau Thai Traditional Massage. Ikutkan hati Ayue nak Thai Traditional Massage sebab Ayue suka letup-letupkan tulang badan ni. Maklum lah, dah biasa dengan urutan mak kat kampung. Tapi untuk hari tu, Ayue pilih oil massage sebab Ayue nak rasa rilex. Dah kata nak hilangkan stress kan.



Thainess Oil Massage direka untuk merehatkan sakit otot, melegakan tekanan dan menenangkan badan, minda dan jiwa. Rasa seperti hilang semua beban seketika. Jujurnya, ini salah satu pengalaman yang paling relaxing dan best bagi Ayue. Badan terasa ringan je lepas oil massage ni. Sekali lagi, Ayue hampir terlelap masa diurut sebab terlalu sedap urutannya. Daripada kaki, perut, tangan, bahu dan kepala diurut mengikut jenis tekanan yang kita pilih sama ada secara "lembut" ataupun "sederhana". Menariknya, tukang urut disini semuanya dilatih di Thailand dan mempunyai sijil sebagai tukang urut. Anda mesti puas hati punyalah kalau berurut di sini.

Ni Ayue letakkan sekali beberapa gambar di sekitar kawasan Healthland Wellness Center ni okey.







Untuk anda yang ingin dapatkan treatment disini, sekarang ada tawaran istimewa untuk anda. Anda juga boleh beli Gift Card mereka untuk diberikan pada keluarga atau rakan anda sebagai hadiah supaya mereka juga boleh rehatkan badan dan minda di sini. Bestkan?


Selesai berurut, di HealthLand Wellness Center juga terdapat Kafe One + Another untuk anda bersantai seketika. Pelbagai jenis minuman panas, sejuk, malah makanan seperti kek dan pie juga ada disediakan disini. 




Selain tu, barangan yang dipamerkan disini juga boleh dibeli tau! Anda mesti geram tengok deko-deko yang cantik ni. Nampak unik dan menarik. 







Okey, untuk anda yang ingin dapatkan treatment disini, antara treatment yang ada ialah :

4 Hands Revitalising Treatment
60 mins = RM168


Thai Traditional Massage

60 mins = RM 68
90 mins = RM 98
120 mins = RM 118


Thai Alleviation Massage

120 mins = RM 138


Thai Aromatic Massage

120 mins = RM118

Royal Thai Treatment
120 mins = RM118


Thainess Oil Massage

60 mins = RM 78
90 mins = RM 108
120 mins = RM 138


Luk Pra Kob (Heated Herbal Pouch Treatment)

60 mins = RM 98
90 mins = RM 128


Foot Treatment

60 mins = RM58
90 mins = RM 78


Foot Scrub

30 mins = RM48


Half Body Treatment

60 mins = RM 88
90 mins = RM 128


Scraping 

30 mins = RM 48


Ear Candling

30 mins = RM 48


Cupping

30 mins = RM 48


2 - Hour Deluxe Treatment

120 mins = RM 138 / RM143


2 - Hour Top To Toe Treatment

120 mins = RM 113 / RM 123


Pilih saja ikut kesesuaian anda. Untuk maklumat lanjut tentang harga, gambaran dan kelebihan setiap treatment, boleh rujuk disini ya : http://healthland.com.my/treatments/


Dan ni pula senarai cawangan Healthland Wellness Center :

SUBANG TAIPAN
39, Jalan USJ 10/1E, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Indulgence Line : +6 03 8081 6255


KOTA KEMUNING

5, Jalan Anggerik Vanilla, BE 31/BE, Kota Kemuning Seksyen 31,
40460 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 5525 2989


CHERAS CONNAUGHT

No 42, Jalan Cerdas, Taman Connaught. Cheras
56000. Kuala Lumpur

Indulgence Line : +6 03 9107 8055


RENAISSANCE HOTEL

Lot LGF, Lower Ground, LL12 & LL13, Lower Lobby, 
Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Jalan Sultan Ismail, 
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Indulgence Line : +6 03 2724 0915


PUCHONG

2, Jalan Puteri, 1/1, Bandar Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.

Indulgence Line : +6 03 8051 8993


SS2

35, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.

Indulgence Line : +6 03 7865 8313


SRI PETALING

47, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Indulgence Line : +6 03 9054 9882


SETIA ALAM *Signature

Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Malaysia.

Indulgence Line : +6 03 3362 3337


TAMAN DESA *Signature

No 18 & 20, Jalan 4/109E, Off Jalan Kelang Lama, Taman Desa Business Center
58100 Kuala Lumpur

Indulgence Line : +6 03 7988 0633


SEKSYEN 14

No 15, Jalan 14/20, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor.

Indulgence Line : +6 03 7932 0830


UPTOWN DAMANSARA

No. 116 & 118, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Selangor.

Indulgence Line : +6 03 7731 8338



Untuk info lanjut tentang Healthland Wellness Center, boleh layari :



xoxo, 

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.