Magnum Pink & Magnum Black | Pilihan Ais Krim Mengikut Personaliti Anda

21 January 2016

Assalamualaikum. Cerita Magnum lagi. Hehe. Rasa macam baru haritu Ayue cerita pasal Magnum White kan? Kali ni Magnum keluar lagi dengan 2 perisa baru sekali gus untuk disesuaikan dengan personaliti anda. Magnum Pink & Magnum Black.


Pencinta ais krim macam Ayue ni memang seronok sangat lah nak cuba perisa baru. Lagi-lagi dari jenama ais krim kegemaran. Lagi lah excited. Kedua-dua ais krim Magnum Pink & Magnum Black ni dicipta untuk melengkapkan personaliti kita yang berbeza pada detik-detik berbeza dalam sehari. Yela, mood hari-hari kan berbeza?


Ayue dan rakan-rakan blogger dan media yang lain telah dijemput untuk merasai sesi pengalaman eksklusif citarasa gastronomi molekular yang bertempat di MAGNUM Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan sebagai prebiu eksklusif sebelum Magnum Pink & Magnum Black dilancarkan secara rasmi pada Mac 2016.


Sebagai permulaan, kami semua dikehendaki membuat satu ujian mood/personaliti di www.MagnumPinkandBlack.com.my untuk mengetahui apakah mood kami pada ketika itu. Ayue? Mesti lah pink. Ayue kan hati lembut, lembik gitu. Hahah.

Ujian mood/personaliti di www.MagnumPinkandBlack.com.my

Kemudian, Chef Isadora Chai, seorang chef dan pemilik restoran yang terkenal memperkenalkan kepada kami dua pemanis mulut yang mewakili personaliti dan mood berbeza setiap individu yang diinspirasikan oleh Magnum Pink & Magnum Black melalui seni gastronomi molekular. Terpegun juga Ayue melihat tahap kesabaran dan kesungguhan Chef Isadora menyediakan pemanis mulut tu. Setiap perinciannya sangat teliti yang rumit.

Chef Isadora Chai


Dua hidangan istimewa itu merupakan ggabungan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso. Jarang-jarang kita dapat lihat ais krim perisa delima kan? Ayue pun pertama kali rasa tau.

Tadaa. Ni lah dia 2 pemanis mulut yang disediakan oleh Chef Isadora untuk kami. Sedap sangat okey.

Magnum Pink ' Pomegranate Caviar in Belgian Chocolate'

Magnum Black 'Espresso Sorbet with Tanzanian Chocolate'

Untuk pengetahuan anda, Coklat Tanzania adalah sejenis coklat eksotik yang berasal dari Tanzania. Mereka terkenal dengan coklat gelap yang memberikan rasa coklat yang kuat dan elegan bersama sedikit rasa pahit dan kandungan asid yang rendah.

Manakala Coklat Belgian adalah diantara coklat yang terbaik, yang dicipta khusus untuk para kerabat diraja dan bangsawan. Keunikan coklat ini dizahirkan melalui seleksi bahan –bahan berkualiti tinggi, teknik pemprosesan yang eksklusif serta kawalan kualiti yang ketat.

Sebab tu Ayue puas bila makan ais krim keluaran Magnum sebab Ayue tau kualiti yang diberikan memang terbaik. Tak rugi makan tau.

Magnum Pink merupakan kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima yang menyerlahkan personaliti yang ceria, mesra dan menarik. Mungkin sebab ni lah setiap kali Ayue buat ujian mood, Ayue tetap dapat warna pink. Hehe.


Manakala Magnum Black pula merupakan kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania yang menyerlahkan personaliti individu penuh keyakinan, elegan dan sofistikated. Berbeza sungguh dengan personaliti Ayue. Anda pula macam mana?


Kalau diberi pilihan antara pink dan black, mesti lah Ayue pilih pink sebab Ayue tak ambil kafein. Lagi pun memang Ayue suka delima! Untuk anda yang gemarkan coffee, mesti suka Magnum black kerana rasa Espressonya agak kuat.


Untuk anda yang nak cuba rasa Magnum pink & Magnum Black, anda dah boleh dapatkan di kedai-kedai berhampiran. Dah mula dijual dah pun. Jangan lupa uji mood anda di www.MagnumPinkandBlack.com.my okey?



Untuk maklumat lanjut tentang Magnum, boleh layari :
Website : www.MagnumPinkandBlack.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/MagnumMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/Magnum_My/


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.