Mary Kay Limited Edition Skinvigorate™ Cleansing Brush Review

15 January 2016

Assalamualaikum. Membersih wajah adalah rutin harian yang perlu dititik beratkan memandangkan setiap hari wajah kita terdedah dengan segala kekotoran, minyak juga lebihan solekan. Dengan pembersihan yang betul bersama produk yg sesuai dan selamat akan memberikan result yang baik untuk kulit anda. Ayue nak tanya lah, macam mana anda membersih wajah setiap hari? Nak tak rasa ber-facial di rumah?


Mary Kay Skinvigorate™ Cleansing Brush | RM190


Alat ni sebenarnya membantu anda untuk membersihkan wajah secara maximum. Yelah, kalau mencuci wajah menggunakan tangan, sejauh mana je wajah kita dapat dibersihkan?

Berus yang ringan serta berkuasa 2 kelajuan mengurut dan dapat mencapai sehingga 400 pusingan dalam seminit. Jika kita mencuci mengunakan tangan agaknya berapa pusingan yg kita boleh lakukan dalam seminit?


Ia juga dapat memberikan pengurutan lembut semasa membersihkan kulit,menanggalkan bahan sisa kotoran dan solekan serta membantu membuang kulit mati juga. Berus ni menambah elemen seumpama spa ke dalam rutin penjagaan kulit dan membantu memaksimumkan manfaat penjagaan kulit anda.



Kelebihan Mary Kay Skinvigorate™ Cleansing Brush :
  • Menanggalkan 85% makeup lebih baik dari guna jari
  • Menghaluskan garisan halus dan kedutan serta liang pori kelihatan lebih kecil
  • Memperbaiki penampilan kulit dengan cepat
  • Seperti membuat rawatan facial spa dengan berus yang berkelajuan dual-speed




Selain daripada memberikan pembersihan yang mendalam serta membersihkan pori-pori, berikut adalah apa yg mereka katakan tentang Skinvigorate Cleansing Brush disebuah kajian pengguna bebas:
  • 97% - Memaksimumkan manfaat penjagaan kulit
  • 94% - Mengubah kulit kusam ke tona kulit yg cerah berseri
  • 96% - Memberikan tona kulit yg lebih sekata
  • 93% - Memulihkan kulit wajah yg tampil muda
  • 95% - Kulit rasa lebih lembut, licin dan sihat




Antara ciri-ciri Skinvigorate Cleansing Brush:
  • Bulu berus nylon serta penghujung bulatan itu dapat mengilatkan wajah dan amat lembut pada kulit
  • Mempunyai butang kawalan kelajuan
  • Mempunyai butang On/Off
  • Rekabentuknya yang unik dapat cover seluruh kontur wajah supaya lebih bersih


Langkah mudah menggunakan Skinvigorate :


Langkah 1: Bersihkan solekan mata. Basahkan muka dan Skinvigorate Cleansing Brush.
Langkah 2: Sapukan Mary Kay® pembersih kegemaran anda pada muka.
Langkah 3: Pilih kelajuan putaran anda.
Langkah 4: Membersih dan kulit urut sehingga dua kali sehari: Biarkan selama 15 saat pada setiap lima area: kedua belah pipi, hidung, dagu dan dahi.
Langkah 5: Bilas muka dan berus anda dengan air suam bersabun.
Langkah 6: Sapukan langkah penjagaan kulit anda yang seterusnya.



Semudah ABC je penggunaan Skinvigorate Cleansing Brush ni. Ayue suka kerana ia sangat berkesan untuk membersihkan wajah secara mendalam dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Paling penting Skinvigorate Cleansing Brush ni waterproof okey, jadi anda tak perlu risau untuk gunakannya di sinki atau di dalam bilik mandi sekalipun. Malah dua berus yang disediakan tu boleh digunakan sehingga 6 bulan.

Suka tak? Harganya sangat affordable berbanding jenama lain. Apa kata anda cuba sendiri dan rasakan perbezaannya?

Artikel berkaitan Mary Kay:


💗 CONTACT 💗


Nak cuba Mary Kay Limited Edition Skinvigorate™ Cleansing Brus ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.