Mary Kay | Lotion & Lip Balm Gift Set Review

13 January 2016

Assalamualaikum. Yeay! Tiap kali nak review produk dari Mary Kay Ayue memang excited sangat Kali ni Ayue nak review Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set. Ni kalau nak bagi orang tersayang sesuai sangat lah ni. Mesti senyum lebar.



Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set | RM65

Untuk review kali ni, Ayue dapat set Berry & Cream. Suka dengan packaging gift set kali ni sebab nampak comel dan unik. Selalu kotak empat segi biasa, tapi kali ni bersegi-segi pula. Hehe. Design pun cantik, simple tapi nampak eksklusif.


Sebenarnya, kalau kotak yang dah sedia cantik macam ni, boleh dijadikan hadiah harijadi atau hadiah perkahwinan. Nak lagi grand, boleh terus buat doorgift untuk VVIP tau. Kelas okey. Lain daripada yang lain haa.


Untuk anda yang gemarkan lotion yang ringan (lightweight), tidak melekit dan cepat meresap, Mary Kay lotion ni memang sesuatu yang anda perlu cuba. Ayue suka gunakan lotion setiap pagi lepas mandi, jadi lotion yang ringan dan tidak melekit adalah pilihan Ayue. Dapat pula bau berry yang wangi ni, rasa selesa sepanjang hari tau.




Untuk lipbalm pula, pada Ayue lipbalm ni agak berminyak berbanding lip balm yang biasa Ayue guna kerana ia mineral oil-based. Nampak berkilat lepas digunakan. Ayue hanya apply secara nipis untuk kegunaan harian. Apa yang Ayue suka tentang lip balm ni adalah bau berrynya yang segar dan bibir Ayue kelihatan lembab untuk jangka masa yang agak lama. 




Jika anda ketandusan idea untuk cari hadiah yang bersesuaian untuk orang tersayang, boleh lah cuba Mary Kay Lotion & Lip Balm Gift Set ni okey?


Artikel berkaitan Mary Kay:


💗 CONTACT 💗


Nak cuba Mary Kay® Lotion & Lip Balm Gift Set ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.