Assalamualaikum. Hampir tiap-tiap hari Ayue ambil madu. Selalunya Ayue beli di pasaraya je. Itu dah tentu madu yang diternak dalam sarang buatan manusia tu kan. Baru-baru ni Ayue berpeluang untuk rasa sendiri Madu Tualang di Wesley's Wild Honey, Damansara Uptown. Madu tualang ni merupakan madu asli dari sarang lebah yang bersarang secara liar pada pokok dalam hutan.
Ini pertama kali Ayue rasa madu asli dan rasanya sangat jauh berbeza dari madu buatan yang Ayue selalu makan tu. Madu biasa rasanya lebih manis sebab dah ditambah gula dan cepat keras, manakala madu asli rasanya 100% madu dan takkan keras walau anda letak dalam freezer sekali pun.
Madu tualang ni pula kaya dengan nutrisi dan sifat-sifat penyembuhannya telah diiktiraf oleh pakar. Di Wesley's Wild Honey, mereka menyediakan Premium Madu Tualang yang 100% asli dan liar, madu yang dicampur herba dan khazanah hutan tropika yang jarang ditemui seperti Tongkat Ali dan Cendawan Susu Harimau.
Setiap kategori madu ni ada khasiatnya. Ada yang untuk stress, beauty, dan macam-macam lagi. Menariknya tentang madu dari Wesley's Wild Honey ni. Setiap siri madunya tidak melalui proses pra pemanasan untuk mengekalkan butiran debunga lebah, propolis lebah, vitamin, mineral dan enzim didalamnya. Madu yang dipanaskan akan hilang khasiatnya tau.
Tapi jangan risau pula nak makan sebab kesemua madu ni telah pun di uji di makmal untuk mengekalkan kualitinya dan selamat untuk dimakan. Dan madu ni 100% asli tanpa sebarang gula, bahan pengawet atau apa-apa campuran sekalipun.
Sempat juga Ayue belajar bagaimana cara nak mengenalpasti madu tiruan atau madu asli disini. Ada dua cara kalau nak nak kenalpasti madu asli okey. Pertama, madu asli tidak akan mengeras walau anda letak dalam freezer sekali pun. Dan kedua, madu asli akan mengeluarkan buih udara atau gas apabila dicampur dengan air buat kali pertama.
Haa, untuk mengsahihkan lagi fakta ni, pemilik Wesley's Wild Honey ada tunjukkan pada kami beberapa jenama madu yang lain yang diletak dalam freezer semalaman. Hasilnya, madu tiruan mengeras kerana telah dicampur gula.
Manakala tesktur Premium Tualang masih lagi pekat dan tidak keras. Sama seperti kita makan madu yang sejuk saja. Kemudian, madu-madu tadi dicampur pula dengan air. Hanya madu dari Wesley's Wild Honey yang mengeluarkan buih. Madu yang lain tidak. Nampak tak perbezaannya. Kalau nak lagi senang, kalau anda nampak semut kerumun pada madu anda, bermaksud madu tu tiruan lah. Hehe.
Apa yang Ayue suka di Wesley's Wild Honey ni. Tempat ni bukan saja membekalkan Madu Tualang yang 100% asli dan berkualiti tinggi, malah ia juga menjadi cafe yang menyediakan makanan dari bahan-bahan semula jadi untuk dimakan bersama madu mereka.
Gambar hiasan |
Antara yang sempat Ayue cuba hari tu adalah French Toast dan Waffles.
Waffles ni sebenarnya lebih kurang macam waffles yang lain. Bezanya, disini ia dimakan dengan madu tualang, aiskrim dan buah-buahan segar. Bukan buah biasa tau, ada blueberry, cranberry, strawberry.
Paling Ayue suka French Toast ni. Serius best gila! Rangup diluar, lembut didalam bak kata orang. Makan pula dengan madu dan sedikit mentega. Aduhai, sedapnya.
Ada juga jus yang diblend dari buah-buah segar dan agak susah nak dapat kat mana-mana. Jus Markisa dan jus Delima. Lagi bertambah sedap bila jus-jus ni ditambah dengan madu tualang. OMG! Haha. Paling Ayue tak sangka Ayue boleh minum adalah jus saderi (celery). Sayur paling Ayue tak suka! Tapi sedap bila diminum sebagai jus dan madu :)
Harga di Wesley's Wild Honey ni memang sangat berpatutan. Anda wajib cuba okey? Kalau nak rasa madu tualang asli, boleh la singgah di gallery mereka di alamat :
19, Jalan SS21 / 56B, Damansara Utama
Tel: +6016 - 220 2535 / +60111 222 7878
Join the conversation!