Assalamualaikum. Kalau anda ke KLIA untuk melancong, apa kata sambil anda tunggu penerbangan anda tu, anda ke Flight Club yang terletak di Plaza Premium Group di KLIA. Flight Clun ni merupakan restoran yang baru saja dibuka Oktober tahun lepas dengan konsep yang sangat unik iaitu berlatar belakangkan suasana di airport. Haa, sambil makan boleh tengok kapl terbang berlepas tau. Awesome ke tidak?
Selalunya bila kita di KLIA, mesti kita akan anggap yang restoran di dalam KLIA ni mahal-mahal belaka kan? Sebab tu ramai yang memilih untuk menunggu penerbangan dan bersantai di restoran fast food. Kalau nak tahu, Flight Club ni merupakan satu-satunya restoran yang berkonsepkan "eat-clean" di KLIA tau.
Percaya atau tidak, sebenarnya makanan di Flight Club ni sangat lah berpatutan. Dengan menyediakan makanan yang sihat dan rasa yang sangat sedap ni buat Ayue sendiri tak percaya. Betul ke kan? Tapi bila dah rasa sendiri dan tengok senarai harga yang dipaparkan, rasa macam rugi pula kalau tak ambil peluang ni untuk dapatkan makanan sebenar sebelum melancong.
Di Flight Club, mereka menyediakan menu masakan Barat dan Antarabangsa, dengan herba atau benih, atau kedua-duanya di dalam setiap hidangan. Menu yang sihat bukan. Herba dan benih ni sememangnya merupakan makanan yang sihat. Bila kita melancong, tubuh kita memerlukan sesuatu yang berkhasiat. Kalau tak melancong pun pemakanan yang sihat tu penting okey.
Okey dah, tak nak cerita panjang-panjang, jom tengok apa yang Ayue dan rakan-rakan blogger yang lain makan di Flight Club ni okey.
Appetiser
Highland Green Rainforest | RM 16 |
Home-grown Farmer Tomatoes | RM12 |
Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style" | RM16 |
Tropical Fruit Cocktail | RM16 |
6* Fresh Cameron Highland Tomato Soup | RM12 |
Main Course
Traditional Shepherd's Pie | RM33 |
1824 Beef Cheek | RM42 |
The Englishman's Fish & Chips | RM26 |
Grilled Sutchi Fillet | RM30 |
Fettuccine alla Carbonara | RM25 |
Squid Ink Pasta | RM25 |
Angel Hair Aglio e Olio | RM28 |
Prawn Risotto | RM30 |
Lamb Stew | RM35 |
Vegetarian Fried Rice ala Flight Club | RM20 |
Singapore Curry Noodle | RM23 |
Dessert
Double Valrhona Chocolate Lava Cake & Beetroot Ice Cream with Cheese Cake |
Untuk anda yang kurang gemar makanan barat macam Ayue, tekak melayu kononnya, Flight juga menyediakan menu seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Mee Kari. Jadi takda masalah kalau nak cuba makanan di sini kan?
Paling Ayue suka dalam banyak-banyak menu di atas adalah Squid Ink Pasta. Serius sedap! Dan kalau anda singgah disini, jangan lupa cuba aiskrim cempedak homemade mereka okey. Langsung tak rasa macam makan aiskrim pun. Punyalah sedap sampai Ayue rasa macam makan cempedak fresh pula.
Cubalah makan disini. okey. Flight Club ni terletak di Level Mezzanine di Bangunan Satelit (Berlepas Antarabangsa) KLIA, bertentangan dengan Plaza Premium Lounge, takkan sesat punyalah.
Flight Club by Plaza Premium Group
KL International Airport (KLIA)
Opening hours : 34 hours, daily
Telephone : +603-877601538
Location: Satellite Building (International Departure) of KLIA, just across Plaza Premium Lounge
Facebook: www.facebook.com/flightclubmy
Instagram: www.instagram.com/flightclubmy
xoxo,
All pictures credit to Fakhrul Islam
Join the conversation!