Tips Memakai Jeans Lelaki ke Pejabat

17 February 2016

Tips Memakai Jeans Lelaki ke Pejabat


Assalamualaikum. Tidak dinafikan bahawa jeans merupakan jenis pakaian lelaki yang paling praktikal dan versatile (boleh dipadankan dengan apa jua jenis pakaian). Kemeja, tshirt, baju melayu juga akan nampak versatile jika kena dengan gayanya. Ia juga merupakan jenis seluar yang amat selesa dipakai sebagai pakaian harian anda. Oleh itu, tidak hairan lah jika anda boleh lihat hampir semua lelaki lebih selesa untuk memakai jeans untuk ke mana sahaja termasuklah ketika ke tempat kerja. 

Tunang Ayue sendiri ke pejabat dengan memakai jeans kerana skop kerjanya melibatkan sesuatu yang lasak. Pemakaian jeans yang sesuai amat penting kerana ia melambangkan imej anda. Bagi sesetengah pejabat yang membolehkan para pekerja berpakaian ‘smart casual’ ketika bekerja, pemakaian jeans adalah dibolehkan namun, ia bukanlah bermaksud anda boleh kelihatan terlalu kasual seperti memakai jeans dan t-shirt ke pejabat. Sebaliknya, anda boleh memakai koleksi jeans anda seperti berikut;


Miliki gaya smart casual yang terbaik dengan memadankan jeans anda bersama pemakaian kemeja dan blazer seperti berikut. Pakai koleksi jeans yang berpotongan lurus atau straight cut untuk kelihatan lebih kemas. Nampak kacak bergaya kan?


Selain itu, anda juga boleh memadankan jeans lelaki anda bersama pemakaian t-shirt lengan panjang seperti berikut dan pemakaian blazer pada bahagian luar membuatkan penampilan anda kelihatan lebih kemas. Ayue sukakan lelaki yang mempunyai citarasa seperti ini. Nampak bersahaja, tapi masih kelihatan smart.



Atau jika anda ingin tampil lebih ringkas, cukup dengan gayakan jeans anda bersama sepasang kemeja seperti berikut. Elakkan daripada memakai kemeja yang bercorak terlalu ‘heavy’ atau berwarna terlalu terang. Less is more.


Dan jika anda tidak mahu kelihatan terlalu ringkas, kombinasi jeans dan kemeja tersebut boleh juga anda gayakan bersama pemakaian cardigan atau sweatshirt pada bahagian luar sebagai outerwear anda. Ini adalah gaya yang paling selamat jika anda mahu kelihatan versatile.

Pemakaian jeans yang betul akan memberi impak kepada tanggapan umum terhadap anda. First impression is always important. Lagi-lagi jika anda dibenarkan memakai jeans ke pejabat, ia melambangkan personaliti anda. Banyak syarikat yang membenarkan pekerjanya memakai pakaian kasual pada hari Jumaat. Pastikan anda memakai jeans yang sesuai ok?


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.