Assalamualaikum. Ada yang dah pergi ke AEON Mall Shah Alam ke? Memandangkan rumah Ayue dekat sangat dengan AEON Mall Shah Alam tu, jadi Ayue dah banyak kali dah pusing di dalam tu. Seronoknya bila dapat masuk pusat beli belah yang baru dibuka! Feel dia lain macam. Hehe.
Untuk pengetahuan anda, AEON Mall Shah Alam ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 22 Mac 2016.
Apa yang Ayue tertarik dengan AEON Mall ini adalah ciri-ciri binaan dan rekabentuknya yang unik dengan mengambil ilham dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Dan yang paling menarik sekali adalah seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep senibina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).
Musim sejuk (Fuyu)
Musim Luruh (Aki)
Musim Bunga (Haru)
Musim Panas (Natsu)
Sempat juga lah Ayue pergi ke empat-empat musim ni untuk bergambar. Maklumlah, nak ke Jepun pada empat-empat musim masih belum ada rezeki, jadi bergambar disini dulu lah untuk kenangan. Hehe.
Dato’ Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi AEON CO. (M) BHD dalam ucapannya tentang AEON Mall Shah Alam berkata, “Di AEON, kami mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun. Setiapnya menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”
Bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan sejumlah 160 jenis perniagaan dengan jenama-jenama antarabangsa seperti H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. Bercakap tentang makanan pula, pengunjung mempunyai pilihan yang pelbagai di kawasan Gourmet Table atau medan selera, di mana terdapat pelbagai jenis hidangan termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.
Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar troli membeli-belah, bilik solat untuk pengunjung Islam, tandas khas untuk kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak.
Sempenapembukaannya, AEON Mall Shah Alam telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April ini. Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’ Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di sini.
Jadi apa tunggu lagi. Cepat-cepat pergi ke AEON Mall Shah Alam okey. Rugi tau kalau tak pergi.
xoxo,
Join the conversation!