Assalamualaikum. Tahu tak baru-baru ni Ephyra ada mengeluarkan produk terbaru iaitu EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM bagi melengkapi rangkaian produk yang sedia ada. Ayue dah seminggu guna serum ni tau dan hasilnya sangat memberansangkan.
Sebelum Ayue cerita tentang betapa hebatnya produk Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni, Ayue ada cerita best nak share dengan anda tentang macam mana serum keluaran Ephyra ni menjadi penyelamat kepada masalah besar Ayue.
Haa, kisahnya macam ni. (Baca macam baca novel okey?) Pada suatu malam, sedang Ayue kusyuk scroll Facebook untuk baca status-status yang kawan Ayue update, tiba-tiba smartphone seberat 172g jatuh sedepuk atas tulang pipi kiri Ayue. Ya ampun, sakitnya bukan kepalang. Terasa pipi berdenyut-denyut manja, dan tanpa Ayue sedar air mata mula menitis membasahi pipi yang sakit.
Esoknya, timbul satu jerawat sebesar 0.5cm (anggaran je sebab Ayue tak ukur) betul-betul di tempat yang sakit tu. Adakah ini suratan atau kebetulan? Macam mana boleh terjadinya pembentukkan jerawat selepas berlakunya hentakan diantara pipi dan smartphone? Ayue sendiri tak pasti. Hehe.
Before : Parut jerawat besar di pipi kiri walaupun sudah makeup |
Tapi apa yang Ayue pasti, jerawat yang timbul tanpa hala tujuan tu terus menerus mengganggu kehidupan Ayue. Keyakinan diri mula goyah tatkala orang ramai mula menegur mengapa ada tanda hitam di pipi Ayue. Walaupun jerawat sudah tiada, tapi parutnya masih ada. Sampaikan ada satu hari, ketika Ayue menghadiri satu event, rakan blogger +Maha Mahu bertanya mengapa Ayue tidak touch up parut jerawat tu? Sedangkan sudah puas Ayue touch up sebelum keluar dari rumah. Malunya bukan kepalang! (Habis novel).
Before : Parut jerawat besar di pipi kiri walaupun sudah makeup |
Nampak tak? betapa kuatnya pengaruh kesan parut jerawat terhadap keyakinan diri seorang wanita. Inilah yang Ayue nak tekankan sebenarnya. Ayue bersyukur sangat sebab diperkenalkan dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum sebab serum ni lah yang menjadi penyelamat Ayue setelah beberapa minggu Ayue berhempas pulas cuba menghilangkan kesan hitam dimuka Ayue tu.
Lepas seminggu Ayue menggunakan serum ni, kesan hitam tu mula berkurangan dan tidak jelas. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa bersyukurnya Ayue sekarang ni. Macam-macam cara dah Ayue guna, tapi tak berhasil. Jadi jika anda ada masalah yang sama seperti Ayue, anda bolehlah cuba guna Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni okey? Bukan saja untuk hilangkan parut jerawat, tapi untuk anda yang nak kecutkan jerawat, hilangkan bintik hitam, bagi kulit wajah nampak cantik, lembab, gebu gebas pun boleh.
Jom Ayue ceritakan hebatan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni pula.
APAKAH KEHEBATAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.
KENAPA MEMILIH EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.
BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT
Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :
MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.
MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.
Sejujurnya, Ayue sendiri terkejut bila serum ni dapat bertindak secara cepat dan berkesan macam ni. Wanita mana yang tak teruja bila jumpa produk yang dapat memberi kesan dalam masa yang singkatkan? Tambahan pula dah macam-macam cara Ayue cuba tapi tidak berhasilkan. Ayue hampir putus asa tau Tapi semangat tu datang balik bila Ayue diberi peluang untuk mencuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni. Terus excited sebab Ayue tahu produk-produk Ephyra semuanya awesome-awesome belaka.
10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )
10. Memberikan efek kilauan pada wajah
KELEBIHAN & PERBEZAAN SERUM DENGAN PELEMBAB
Ayue memang sedia maklum yang serum memang sangat bagus untuk kulit wajah. Selain dari set penjagaan yang biasa kita guna seperti pencuci, penyegar dan pelembap, serum juga penting untuk kulit kelihatan cantik.
Jika anda diperhatikan, selalunya harga serum jika dibandingkan dengan produk kecantikan lain seperti toner atau pelembab memang jauh beza kerana harga serum mahal sedikit. Mungkin sebab inilah ramai diantara anda yang skip penggunaan serum ini kan? Tapi anda kena tahu yang penggunaan serum ini adalah jauh lebih baik dari penggunaan pelembab kerana kandungan serum adalah lebih pekat dan nutrien yang terkandung didalam nya mampu menembusi lapisan kulit paling dalam berbanding pelembab biasa.
CARA PENGGUNAAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
1. Cuci muka dengan sabun muka Ephyra Skin Bar
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan 2-3 titis Ephyra Skin Nano Advance Repair serum ke atas telapak tangan
4. Gunakan hujung jari, ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada beberapa bahagian muka dan leher
5. Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam ke luar, sapukan sehingga serum meresap. Untuk hasil yang maksimum, gunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum setiap hari, siang dan malam
Mesti ramai yang tertanya-tanya turutan penggunaan serum dalam regime penjagaan kulit wajah kan? Okey, ini adalah turutan yang Ayue gunakan setiap hari.
Pencuci > Penyegar > Serum > Pelembap
Ini penting ya untuk kesan yang maksima. Yang paling penting anda kena menggunakan serum sebelum penggunaan pelembab kerana molekul serum lebih halus berbanding pelembab. Kalau anda guna pelembab dulu, macam mana molekul serum nak masuk ke dalam liang kulit kan. Hehe.
Untuk kesan yang optimum di sarankan guna pada waktu siang dan malam. Anda tak perlu risau lambat untuk bersiap setiap pagi kerana serum ini wangi dan cepat meresap ke dalam kulit. Kulit rasa segar dan lembap serta merta tau. Sebotol 15ml Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh tahan 3-4 minggu penggunaan bergantung pada penggunaan anda.
Tapi anda jangan risau terlebih sukatan kerana serum ni mempunyai dropper untuk memudahkan penggunaan anda.Lihatlah perbezaan wajah Ayue selepas seminggu menggunakan serum ni. Kulit kurang berminyak, pori-pori makin mengecil, lebam bawah mata makin kurang dan paling penting, parut jerawat (kesan hitam) pada wajah Ayue semakin hilang. Terima kasih Ephyra!
Masalah Ayue dah hampir selesai. Masalah anda pula macam mana? Buat anda yang mempunyai masalah jerawat, parut jerawat, kulit kendur, kulit kusam, dan kulit berminyak, cuba lah Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni okey sebab ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan secara konsisten untuk kesan yang optimum.
HARGA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
Sekarang ni Ephyra sedang membuat promosi sempena pelancaran produk terbaru mereka.
Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)
Harga Promosi
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)
Sesuai untuk semua jenis kulit
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui
Website : www.oceanlife2u.com
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Hotline number : 0197373770 @ 0193800779
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577
Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/toko jamu. Tapi jika anda membeli di farmasi, kedai/toko jamu, pastikan anda membeli yang original tau.
Join the conversation!