Assalamualaikum. Ada tak diantara anda yang suka sangat pakai akan kasut tinggi dan tidak akan keluar rumah tanpa memakai high heels? Mesti ada kan? Ramai juga kawan-kawan Ayue yang jenis macam ni tau.
Walaupun hakikatnya pemakaian kasut jenis ini kadang kala amat menyakitkan kaki dan membuatkan si pemakai berasa kurang selesa, namun ia mampu menjadikan seseorang wanita itu mendapatkan ketinggian yang ideal dan secara tidak langsung menyerlahkan lagi penampilan sesiapa sahaja. Terutama wanita yang mempunyai ketinggian yang rendah, bila memakai kasut tumit tinggi, mereka akan rasa lebih berkeyakinan.
Oleh itu, khas untuk penggemar kasut tumit tinggi atau koleksi pump heels, berikut merupakan fesyen-fesyen heels yang harus anda ketahui;
Kitten Heels
Untuk mereka yang sudah mempunyai ketinggian yang ideal tetapi masih mahu bergaya dengan koleksi kasut tumit tinggi, kitten heels merupakan pilihan yang terbaik kerana ia mempunyai tumit yang tidak terlalu tinggi dan selesa untuk dipakai.
Platform Heels
Berikut pula adalah koleksi platform heels yang mempunyai struktur tapak yang lebih tebal dan lebar. Berbeza dengan rekaan high heels yang biasa, platform heels ini lebih selesa dipakai dan memberikan kestabilan ketika berjalan.
Ankle Boot Heels
Untuk si gadis yang gemar bergaya ranggi pula, koleksi ankle boot heels adalah jenis heels yang paling sesuai dipakai dan ia boleh digayakan dengan mana-mana koleksi pakaian kasual anda.
Open – Toe Heels
Lagi koleksi heels wanita yang sering menjadi pilihan untuk digayakan dengan koleksi dress adalah open – toe heels yang direka dengan bukaan kecil pada bahagian kaki si pemakai.
Ayue lebih gemarkan kitten heels saja, lebih selesa dan sesuai dengan Ayue. Yang mana satu pula menjadi pilihan anda?
xoxo,
Join the conversation!