Kempen Milk Mornings | Idea sarapan menggunakan susu Dutch Lady

23 March 2016

Assalamualaikum. Sarapan pagi sangat penting untuk perjalanan aktiviti harian kita. Ayue memang sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi setiap hari. Sarapan pagi yang betul dan sihat akan mempengaruhi mood kita tau. Sebab tu lah kita kena makan makanan yang sihat untuk memulakan hari kita.

Ayue tau ramai yang tak nampak betapa pentingnya sarapan pagi ni. Leceh atau terlalu awal untuk makan. Betul tak? Dan ramai juga yang memilih untuk Brunch (breakfast + lunch) terus.


Baru- baru ni Ayue berkesempatan untuk pergi ke Kempen Milk Mornings yang dianjurkan oleh Dutch Lady. Banyak juga info-info, kebaikan dan tips tentang sarapan yang Ayue dapat. Kempen Milk Mornings ni menggalakkan keluarga di Malaysia minum susu pada waktu pagi atau menggabungkannya secara kreatif di dalam sarapan untuk membantu mereka memenuhi keperluan kalsium seharian.


Aaron dan Diyana juga banyak berkongsi tentang rutin sarapan yang diamalkan oleh mereka. Ayue sangat tertarik dengan cara mereka menekankan tentang betapa pentingnya sarapan terhadap kanak-kanak, malah ibubapa merupakan contoh terbaik yang akan mereka ikut.

Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

"Tiada apa yang lebih baik untuk memulakan pagi anda dengan susu. Selepas lapan hingga 12 jam daripada hidangan anda yang terakhir, segelas susu dengan makanan yang lain merupakan bahan yang memenuhi keperluan perut anda yang kosong. Minuman ini kaya dengan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan agar mengawal fungsi secara sendiri selepas anda bangun dari tidur. Susu juga membantu tubuh badan bersedia untuk menyerap lebih banyak kebaikan daripada makanan anda,” kata Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Hanya dua atau tiga hidangan susu sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan seseorang. "Dengan meminum satu gelas atau 250ml susu ketika sarapan pagi, kita akan mendapat peningkatan sekurang-kurangnya 275mg kalsium dan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semula jadi. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk membantu kanak-kanak dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat, dan turut membantu golongan dewasa dalam mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif. Jantung kita, otot dan saraf juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik.


Semasa majlis tu, sempat juga Ayue menikmati sarapan pagi yang biasa kita makan, tetapi diolah bersama-sama dengan susu Dutch Lady. Sedap sangat okey. Tak sangka Ayue makanan yang menggunakan susu segar ni sedap rupanya!

Nasi Lemak | 55mg Kalsium

Fried Bee Hoon with Milky Egg Wrap | 41.25mg Kalsium

Sausage and Potato Casserole | 137.5mg Kalsium

Crepe Suzette | 

Carrot Soup | 206.3mg Kalsium

Fish Soup with Spinach | 275mg Kalsium

Crispy Waffle with Milky Rose Jam | 96.25mg Kalsium

Jadi kalau anda nak juga cuba makanan dari susu segar Dutch Lady, bermula dari bulan April, anda boleh mendapatkan idea-idea sarapan yang sihat dimana penuh dengan kalsium dengan melayari Dutch Lady Malaysia Facebook di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau pergi ke www.dutchlady.com.my okey?



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.