Assalamualaikum. Sejak dari kecil lagi Ayue memang pentingkan penjagaan gigi. Kebetulan Ayue memang menpunyai gigi yang kuat berbanding adik-beradik Ayue yang lain kerana Ayue seorang saja yang tiada masalah gigi seperti gigi berlubang, gigi rapuh dan sebagainya.
Tapi, sejauh mana keyakinan Ayue terhadap gigi Ayue ni? Plak dan karang gigi mudah terjadi kalau kita tidak menjaga dan membersih gigi dengan betul. Sebab tu lah pentingnya penjagaan gigi yang betul dari awal. Percaya atau tidak, masih ada golongan warga tua yang mempunyai gigi mereka sendiri tau. Tak perlu gigi palsu untuk mengunyah makanan. Anda nanti macam mana?
Kebersihan gigi yang kurang memuaskan adalah faktor kepada risiko jangkitan mulut. Jangkitan mulut sering kali dikaitkan dengan penyakit-penyakit tahap kronik seperti penyakit jantung, kanser, penyakit pernafasan dan diabetes. Disebabkan oleh komplikasi penyakit tambahan tersebut, mereka yang tidak mempunyai gigi mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai set gigi yang lengkap. Menakutkan bukan? Hanya dari penjagaan gigi, macam-macam penyakit yang boleh timbul.
Mereka yang mempunyai masalah gigi juga kurang keyakinan diri. Ayue perasan bila rakan-rakan Ayue yang ada masalah gigi malu untuk bercakap dan ketawa dengan bebas. Terpaksa lindung gigi takut orang nampak. Nak bergambar pun tak boleh senyum lebar sebab nanti nampak gigi. Kesian kan. Kegembiraan terbatas. Jadi apa kata kita mula penjagaan gigi kita dari awal dengan betul untuk mendapat gigi yang cantik dan kekal lama.
Untuk gigi serta gusi yang sihat, berus gigi ialah peralatan yang penting. Ia harus berupaya untuk membersihkan gigi lebih dari sekadar di permukaan bahkan ke setiap sisi dan celah gigi, terutamanya di bahagian yang amat susah untuk dicapai seperti gusi, bahagian belakang gigi dan di celah-celah gigi, dan lembut pada gigi dan gusi.
SYSTEMA berus gigi nombor 1 di Jepun dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah agensi kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Malaysian Private Dental Practitioners’ Association telah melancarkan kempen “Start Right Brush Right, Healthy Teeth for Life”. Kempen yang dianjurkan bersempena dengan Bulan Kesihatan Pergigian Sedunia ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” ini ditujukan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menjadikan tabiat penjagaan gigi yang baik sebagai salah satu rutin harian sedari usia muda untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi walaupun mereka telah mencapai usia emas 80 tahun . Kempen ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta ilmu yang tepat tentang kebersihan gigi. SYSTEMA percaya bahawa kebersihan gigi yang berkesan bermula dengan 2 langkah mudah, iaitu memilih berus gigi yang betul serta mula mengamalkan teknik-teknik pemberusan gigi serta tabiat yang disyorkan oleh pengamal bidang pergigian professional.
Dengan bulu tirus 0.02mm yang dipatenkan oleh SYSTEMA, masalah memberus setiap bahagian gigi yang susah untuk dicapai bagi menyingkirkan karang gigi dan sisa makanan boleh ditangani dan dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dan selesa.
Kempen “Start Right Brush Right.Healthy Teeth For Life” SYSTEMA dilancarkan dengan acara jelajah melalui kerjasama dengan Farmasi Guardian di Centre Court, Pusat Membeli-Belah 1 Utama dari 22 sehingga 27 Mac.
Terdapat juga beberapa aktiviti menarik seperti pemeriksaan gigi percuma untuk orang ramai menggunakan teknologi kamera intraoral, belajar teknik memberus gigi yang betul, dan aktiviti-aktivti imenarik buat kanak-kanak di bahagian KODOMO. Kanak-kanak juga boleh menyertai pertandingan mewarna tau.
Promosi bersempena dengan kempen tersebut yang bakal diadakan di kedai-kedai utama seluruh negara. Dapatkan berus gigi dari SYSTEMA untuk penjagaan gigi yang baik okey.
Mulakan dengan berusgigi yang tepat, dan berus gigi dengan cara yang betul bagi mendapatkan gigi serta kehidupan yang sihat sebelum terlambat. Gigi dah takda nanti nak nyesal pun tak guna dah. Hehe.
xoxo,
Join the conversation!