Assalamualaikum. Salah satu produk kecantikan Jepun yang Ayue suka sangat adalah KOSÉ SEKKISEI. Bukan setakat produknya berkesan, tapi brand KOSÉ ini sendiri merupakan trusted brand sejak dari 1946 lagi. Antara best selling skincare mereka adalah KOSÉ SEKKISEI.
Dihasilkan berdasarkan 'petua kulit cantik berseri’ sejak turun temurun, produk-produk SEKKISEI yang lembut lagi berkesan sememangnya terkenal di dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, khabar tentang kesan Sekkisei tersebar luas dengan popular.
Produk SEKKISEI ini direka khas untuk mencapai kulit mulus, dimanfaatkan daripada kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, mewujudkan formula yang harmoni, memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap.
KOSÉ SEKKISEI memang terkenal dengan kelebihannya yang boleh membuat kulit anda kelihatan cerah sekata, lembut, dan anjal.
Untuk anda yang teringin nak cuba produk awesome ni, tapi risau takut tidak sesuai dengan wajah anda, takpa. Sekarang KOSÉ SEKKISEI mempunyai trial kit yang merangkumi star produk mereka dengan harga yang sangat murah!!
KOSÉ SEKKISEI Trial Kit | RM99 (termasuk GST)
Exclusive Setsuko Pouch | Kimono or City Chic Style
SEKKISEI White Liquid Wash | 20ml
SEKKISEI Emulsion | 70ml
SEKKISEI Lotion | 100ml
SEKKISEI Clear Whitening Mask | 10g
Bihadagoyomi Mask | 3 pieces
Suka Eksklusif Setsuko Pouch ni. Comel gila kan? Muat-muat je trial kit ni. Mudah nak dibawa ke mana-mana jika travel. Masuk dalam beg pun tak berat.
Jom Ayue terangkan macam mana nak gunakan produk-produk didalam trial kit ni okey.
Step 1: Cleansing
KOSÉ SEKKISEI White Liquid Wash | RM139.40 (140ml)
Pastikan muka anda bersih dari sebarang kotoran dengan menggunakan SEKKISEI White Liquid Wash. Pembersih muka ini bukan saja membersihkan kulit, tapi ia juga mengekalkan kelembapan kulit. Agen pembersih ini berasaskan Taurine yang membolehkan kulit bersih dan terhidrat; manakala ekstrak Rubus Suavissmus memulihkan kulit yang kusam dan meredakan kulit akibat pancaran UV. Kulit dipulihkan kepada keadaan optimum dan sedia untuk langkah penjagaan kulit yang seterusnya.
Step 2 : Toning
KOSÉ SEKKISEI Lotion | RM180.20 (200ml) / RM275.60 (360ml)
Produk SEKKISEI yang amat laris ini mengandungi bahan-bahan terpilih daripada 100 jenis tumbuhan timur. Digunakan sebagai penyegar atau mask, losen penghidratan serba mewah ini mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan dan banyak lagi.
Antara bahan-bahan yg terkandung dlm SEKKISEI lotion ni ialah:
Coix Seed Extract : Meningkatan metabolisme, memutih, melembab dan mencegah kulit menjadi kasar.
Angelica Extract : Membasmi kuman, memutih dan melembap
Melothria Extract : Pemutihan dan mengekang pengeluaran melanin
Bestnya pasal KOSÉ SEKKISEI Lotion ni ialah :
- Ia memutihkan
- Melembutkan
- Moisture balancing
- Mengecilkan pori2
- Mengurangkan kulit kusam dan kasar
- Mengelakkan kulit kering dan kemerahan
Anda boleh sapu terus ke muka atau gunakan bersama Bihadagoyomi Mask.
Bihadagoyomi Mask
Dari size tablet macam ubat tu, boleh kembang menjadi mask!!
Kelebihan KOSÉ SEKKISEI Lotion dipakai bersama Bihadagoyomi Mask ni ialah :
Lotion mask ni boleh boost up sampai 10x moisture tau!!
Menyerap cepat ke dalam kulit
Ringan dan menyegarkan
Hydrate dan buat muka lebih montok
Enhance pure translucency
Cara-cara memakai lotion mask ni adalah :
1) Tuang SEKKISEI Lotion ke dalam penutup botol sehingga garisan terakhir.
2) Masukkan satu SEKKISEI lotion mask ke dalam penutup botol.
3) Lotion akan menyerap masuk ke dalam mask dan mengembang.
4) Buka lipatan mask dan letakkan di muka antara 5-10 minit.
5) Tanggalkan mask. Tak perlu bilas.
6) Sapukan SEKKISEI Emulsion selepas menanggalkan topeng.
Step 3 : Moisturizing
KOSÉ SEKKISEI Emulsion | RM191.80 (140ml)
Lepas saja pakai lotion mask tadi, boleh pakai emulsion ni tau. Rasa kulit gebu, lembut je lepas pakai. Pelembap yang cepat menyerap ini bertindak jauh ke dalam kulit, mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan kekeringan.
Bahan-bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Guna 1 hingga 2 pam pada pad kapas dan sapu pada muka.
KOSÉ SEKKISEI Clear Whitening Mask | RM94.30 (80g)
Mask lembut ini menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mencerahkan dan menghidratkan pada masa yang sama! Ekstrak Quince Cina menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur memberikan manfaat pencerahan yang baik. Serbuk hitam bersaiz nano membolehkan mask digunakan dengan mudah.
Cepat-cepat dapatkan trial kit ni okey. Berbaloi-baloi dengan kualiti dan kuantitinya. Dengan RM99, ada dapat trial kit yang bersaiz besar berbanding tiral kit jenama lain. Boleh tahan sehingga sebulan tau!
Buat peminat KOSÉ SEKKISEI, anda juga boleh mencuba edisi Sakura produk SEKKISEI kegemaran mereka: SEKKISEI Lotion Sakura Design (500ml/RM331.70).
Untuk maklumat lanjut tentang SEKKISEI dan trial kit ni, boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/kose.malaysia
Website : www.kose.com.my
xoxo,
Join the conversation!