Assalamualaikum. Siapa suka aiskrim Magnum? Tipulah kalau kata tak suka kan? Aiskrim sedap kot! Ayue dari dulu sampai sekarang tak pernah miss cuba setiap aiskrim baru keluaran Magnum tau. Baru-baru ni pula Magnum telah mengeluarkan perisa Buah Delima (Pink) dan Espresso (Black) untuk peminat setianya. Lagi lah Ayue suka. Magnum ni macam tau-tau je kan Ayue suka buah delima? Ni yang sayang lebih ni. Hehe.
Bertempat di Aloft, kedua-dua aiskrim ni telah dilancarkan dalam majlis yang sangat vogue! Bayangkan temanya pink & black!! Nampak eksklusif habis okey. Sampai-sampai je diruang legar Aloft tu Ayue dah nampak pink & black sana sini. Tu belum masuk lagi dalam Grand Ballroom tu. Mesti lagi grand. Artis pun ramai yang hadir antaranya Farid Kamil, Ning Baizura, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Setiap tetamu diberi sensor tag untuk merekod segala pilihan kami di station pink & black nanti. Keputusan pilihan kami ni pula akan dipamerkan di skrin besar supaya kami semua dapat lihat apakah pilihan mood tetamu-tetamu yang hadir. Kira macam surprise gitu.
Nak order makanan cuma perlu scan tag kami di station ni dan pilih yang mana satu makanan yang kami inginkan. Sama ada pink atau black? Ayue mesti pink kesemuanya sebab Ayue tak suka Espresso kan. Hehe. Makanan di majlis ni tersangat lah sedap dan eksklusif habis. Terasa diri ni special gila tau!
Bukan setakat makanan je, aiskrim Magnum Pink atau Magnum Black pun kami boleh pilih. FREE FLOW! Haa, heaven ke tidak? Jangan di tanya lah berapa ketul aiskrim yang Ayue makan malam tu okey. Rezeki depan mata, takkan nak tolak kan? Hehe.
Sambil menikmati aiskrim Magnum yang tiada kesudahan tu, kami dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping, penggesek biola terkenal Dennis Lau dan nyanyian Ning Baizura. Memang satu majlis yang sangat awesome! Semua orang terhibur termasuk lah Ayue. Rasa nak gojet pun ada. Terlebih gula dalam badan. Hahha.
Sebenarnya warna pink dan black ni mencerminkan personaliti kita setiap hari. Sebagai contoh, warna merah jambu melambangkan kegembiraan dan spontan. Warna hitam pula menyerlahkan keanggunan, gaya dan kemodenan.
MAGNUM PINK mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium ini. Bukan itu sahaja, rasa Buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.
MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.
Anda dah rasa ke belum Magnum Pink dan Magnum Black ni? Kalau belum cepat-cepa pergi beli okey. MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK kini boleh didapati di semua peruncit utama dan pasar raya terkemuka pada harga RM4.50 setiap satu dan pek pelbagai tiga setiap rasa pada RM13.50 setiap pek.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MAGNUM PINK and MAGNUM BLACK dan warna mood MAGNUM anda di saat ini, lawati :
Untuk maklumat terkini tentang MAGNUM, sila lawati :
Website : https://www.facebook.com/MagnumMalaysia
Join the conversation!