Mekaray Triple-M & Meka Viniga | Produk Pemakanan Sunnah

15 March 2016

Assalamualaikum. Bila sebut tentang sakit ni, Ayue jenis yang suka amalkan petua orang-orang lama berbanding makan ubat yang ada di farmasi atau klinik. Kalau boleh dielakkan, memang Ayue akan elak makan ubat-ubatan tu semua kerana jika diambil berlebihan boleh memudaratkan badan.




Jadi, bila disentuh soal ubat-ubatan tradisional ni, mestilah datangnya dari alam semulajadi kan. Contohnya serai, lemon, barli dan madu antara makanan yang sering Ayue guna sebagai ubat. Minggu lepas Ayue berkesempatan mendengar perkongsian ilmu dari Ustaz Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah,  Penasihat Korporat untuk produk keluaran Mekaray, dan Ayue sangat tertarik dengan buku yang ditulis olehnya bersama penyelidik yang pakar dalam pemakanan iaitu buku "Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam". 



Hampir semua penyakit yang kita dapat datangnya dari cara pemakanan kita. Sebab tu lah setiap benda yang masuk ke dalam badan ni penting tau. Buku ni ada menerangkan makanan-makanan yang sering digunakan sebagai ubat dan khasitnya. Antara yang menarik perhatian Ayue adalah Talbinah, air rebusan biji gandum yang gizinya lebih banyak dari tepung gandum yang mempunyai sifat yang sama seperti susu dan berwarna putih.



Antara manfaat Talbinah ialah:
  • Mengandung zat betaglucan, yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Mengandung Vitamin E yang bisa melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol.
  • Mengandung Potasium, yang berfungsi mengendalikan tekanan darah, karena ia menciptakan keseimbangan antara air dan garam.
  • Mengandung Potasium, Magnesium, anti oksidan dan vitamin B, kekurangan zat-zat ini di dalam tubuh menyebabkan kekurangan mineral. Para ilmuan moden mengatakan bahawa penyakit-penyakit kejiwaan, depresi, dan sebagainya merupakan akibat kekurangan mineral tertentu.
  • Mengandung Melatonin yang berfungsi : menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan imun tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser, mengubati depresi.
  • Mengandungi Lysine, yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh.
  • Mengandungi hormon Prostaglofuin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur, maka talbinah mencegah terjadinya insomnia.


Triple M | RM198 sekotak (tidak termasuk GST)

Triple M

Talbinah ini merupakan makanan Nabi S.A.W dan para sahabat Nabi. Alhamdulillah, semasa Ayue di Mekaray Ventures, Ayue diperkenalkan dengan Triple M, iaitu Talbinah yang dihasilkan daripada gabungan barli, madu dan yogurt serta bahan tambahan seperti gam arab, malt, susu tepung dan oat. 

Siapa sangka Talbinah ini boleh dimodenkan dan ditambahbaikan dengan makanan lain supaya dapat membekalkan keperluan khasiat yang kita mahu? Pengambilan Triple-M mampu membuat anda kenyang. Jadi anda sibuk hingga tak sempat makan, boleh lah ambil Triple-M ni sebagai alas perut.

Untuk anda yang mengalami masalah tekanan perasaan dan mental, Ayue syorkan anda mengambil Talbinah kerana "Sesungguhnya talbinah itu dapat menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan" - HR Bukhari

Bukan itu saja, anda yang mempunyai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, tinggi kolestrol, lemah jantung, parkinson, dan mengalami gangguan tidur juga boleh amalkan pengambilan Talbinah ni.


Cara penggunaan:
Hanya 1 sachet dicampurkan bersama air suam ataupun air panas dengan kuantiti antara 125ml - 150 ml. Digalakkan pengambilan pada waktu pagi dan petang ketika perut kosong.

Ayue suka sangat rasanya sebab rasa seperti minum air susu nestum. Takda masalah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk mengambilnya. Sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari bayi seawal 6 bulan yang sudah mula makan.



Meka Viniga | RM198 sekotak (tidak termasuk GST)

Meka Viniga

Satu lagi produk Mekaray Ventures yang menarik perhatian Ayue adalah Meka Viniga (sebelum ni dikenali sebagai Slimmie Viniga). Ia diperbuat daripada madu, cuka kurma, perisa oren, minyak zaitun, garam bukit, delima, minyak kelapa dara, habbatusauda dan lemon yang berfungsi untuk menurunkan berat badan hingga 5kg - 10kg dalam masa 14 hari.

Dengan tagline "Sedut-sedut kurus", kandungan minuman kesihatan berbentuk cecair ni boleh meningkatkan metabolisme tubuh, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, menurunkan kolestrol, menurunkan kadar gula, mengubati penyakit diabetis, mencantikkan kulit, anti penuaan, mencergaskan minda dan macam-macam lagi. Setiap satu kandungan Meka Viniga ni mempunyai pelbagai kebaikan tau.

Untuk anda yang ingin kurus dengan cara yang sihat, tanpa makan ubat-ubatan yang merbahaya, bolehlah cuba amalkan Meka Viniga ni. Anda akan dapat rasakan perubahan seawal 3 hari. Baguskan? Ayue pun tertarik sangat untuk mencuba produk ni. Maklum lah, nak kurus kan.

Cara penggunaan:
Koyak sachet, dan terus minum Meka Viniga 1 atau 2 kali sehari. Pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur.

Rasanya masam-masam manis, tapi tak lah terlalu masam sampai tak boleh minum kan. Just nice dan sedap! Ayue suka kerana ada rasa delima, oren dan lemon. 

Full size

Trial Pack

Untuk maklumat lanjut tentang Mekaray Triple-M dan Meka Viniga, boleh layari :

Website Mekaray : www.mekarayventures.com
Facebook : MekaRay Ventures Official



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.