Outlet Sushi King ke-100 di AEON Mall Shah Alam

28 March 2016

Assalamualaikum. Siapa suka makan sushi? Favorite Ayue tau. Dari dulu sampai sekarang Ayue paling suka sushi dekat Sushi King. Baru-baru ni Sushi King telah merasmikan outlet mereka yang ke 100 di AEON Mall Shah Alam. Wah! Tahniah Sushi King! Patutlah mana-mana pergi mesti nampak outlet Sushi King. Hehe.


Majlis ini dihadiri oleh pemilik dan juga Pengerusi Texchem sendiri iaitu Tan Sri Dato’Seri (Dr.) Fumihiko Konishi dan beberapa ahli majlis tertinggi Texchem Group Sdn bhd. Tan Sri Dato’Seri (Dr.) Fumihiko berkata bahawa Sushi King amat komited dalam mengembangkan lagi cawangan mereka di serata Malaysia. Dengan pembukaan cawangan ke 100 ini semestinya akan membakar semangat mereka untuk membuka lebih banyak cawangan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati makanan asal Jepun ini.


Ayue tahu, ramai yang tertanya-tanya halal ke Sushi King ni kan? Okey, untuk mengetahuan anda, Sushi King telah pun menghantar memohon untuk mendapat sijil halal kepada JAKIM pada awal March haritu. InsyaAllah bulan Jun atau Julai akan datang kita dah boleh makan sushi di Sushi King tanpa was-was. Suka tak?



Kalau anda nak ke Sushi King di AEON Mall Shah Alam ni, ia terletak di Japan Street bersebelahan dengan DAISO. Menariknya outlet ke 100 Sushi King ni, ia mempunyai Kushiage iaitu masakan bergoreng yang tiada di outlet-outlet lain. Kalau nak rasa menu-menu yang ada di Kushiage ni anda kena datang ke AEON Shah Alam tau.



Antara menu yang ada di Kushiage yang sempat Ayue rasa adalah Mr Scallops, Salmon Age Sushi dan Mochi Durian. 

Mr Scallops, Salmon Age Sushi

Durian & Pandan Mochi

Sedapnya, paling Ayue suka mochi durian. Memang rasa durian original lah. Gigit je terus harum semerbak satu outlet tu, hehe. Alhamdulillah, banyak juga Ayue dan rakan-rakan blogger lain makan haritu. Puas hati lah. Terima kasih Sushi King sebab memberi kami sushi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.





Sempena pembukaan outlet Sushi King yang ke 100 ni, Sushi King telah membuat sumbangan RM 10,000 kepada Malaysian Red Crescent Society atas kerja keras mereka selama ni.


Jadi apa tunggu lagi? Jom ke Sushi King!


Sushi King AEON Shah Alam
Address: Lot F06, First Floor, AEON Mall Shah Alam, No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Business hour: 10am-10pm


xoxo,
post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.