CABARAN NIVEA MEN 3X DRYNESS 2016

03 April 2016

Assalamualaikum. Tahun lepas Ayue dah rakan-rakan media yang lain ada join Nivea Men Cool Kick Triple Shield Challenge. Fuhh, berpeluh-peluh okey. Tapi seronok! Tahun ni Nivea kembali lagi dengan kempen Cook Kick - 3X Dryness untuk mencabar para lelaki menentang peluh mereka.


The winners for NIVEA MEN Cool Kick 3X Dryness Challenge 2016

NIVEA MEN mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan untuk mencabar para lelaki, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.

Participants upon registration

Direka untuk memenuhi keperluan setiap jejaka masa kini, cabaran ektsrem ini juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki Nivea Men masa kini. Di samping itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam melindungi diri daripada ancaman perpeluhan.

NIVEA MEN 3X Dryness Digital Challenge activity 

“Cabaran 3X Dryness 2016 ini direka bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang menyeronokan, malah ia juga bertujuan untuk mengetengahkan satu permasalahan yang dikongsi oleh ramai lelaki, sekaligus turut menjejaskan keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. NNivea Men Cool Kick dengan inovasi canggih dengan kuasa kawalan peluh dan formula cool care berupaya untuk memberikan anda 3x kekeringan dan kedinginan maksima. Ini dapat membolehkan para jejaka kekal yakin dan selesa sepanjang hari walaupun ketika berada di dalam cuaca yang panas,” kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura di acara kemuncak Cabaran NIVEA MEN Cook Kick 3X Dryness.


Cabaran ini menggambarkan keperibadian moden Nivea Men dan direka mengikut keperluan setiap lelaki. Permainan ini memerlukan dua pasukan dengan tiga orang ahli untuk menyerang pasukan lawan menggunakan bola yang mewakili ancaman yang paling utama di kalangan lelaki terutama sekali yang aktif – peluh – dengan menggunakan bola. Dry shield yang dibekalkan kepada setiap ahli pasukan berfungsi sebagai pelindung. Di akhir permainan ini, pasukan yang berjaya mempertahankan diri mereka menggunakan dry shield secara efektif akan memenangi perlawanan tersebut.

Before the match, all the participants gather at the centre of the court and showing a good sportsmanship

Cabaran 3X Dryness ini telah dibuka kepada para pengguna melalui penyertaan digital juga di gelanggang. Pengguna boleh menyahut cabaran tersebut secara digital melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia di www.apps.facebook.com/niveamendryshield di mana pengguna akan turut berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM90,000 bagi cabaran digital atau di tapak perlawanan.

Acara perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.
Hairul Azreen taking part in the NIVEA MEN 3X Dryness Challenge

Sebanyak 64 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas. Kini, 4 pasukan teratas tersebut akan melengkapkan perjuangan mereka ke Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama.

2 teams battle against each other to get to the final round of NIVEA MEN 3X Dryness Challenge

Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran 3X Dryness melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Di samping itu, setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak Nivea Men dalam bentuk produk bernilai RM150.

Haniff Hamzah joining the NIVEA MEN 3X Dryness Challenge fun match with members of media

Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250.

2nd runner up winner team- Budget Good Good

1st runner up winner team – Suka Suka Main


Grand Prize Winner Team – Storm Jew

Tahniah kepada para pemenang!!

xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.