Jom join NIVEA EMPOWER RUN 2016

19 April 2016

Assalamualaikum. Sejak dari zaman sekolah lagi Ayue dah memang biasakan diri menggunakan deodorant tiap kali nak keluar rumah. Kalau tak pakai tu rasa macam diri tak lengkap, lepas tu mula lah tak confident nak jumpa orang ramai. Tau mereka ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan. Hehe. Maklum lah, Ayue ni jenis senang berpeluh.


Deodorant yang Ayue paling suka pakai adalah Nivea. Dah macam-macam jenis dah Ayue cuba, tapi Nivea Pearl & Beauty Deodorant ni juga yang berkenan di hati. Selain dari baunya yang sesuai dengan deria baru Ayue, ia mengandungi ekstrak mutiara yang menjadikan ketiak lebih licin dan seputih mutiara. Haa, yang ketiak jenis hitam-hitam tu kena cuba tau. Ia juga memberi perlindungan 48 jam terhadap peluh dan lembut pada kulit kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia dan membuatkan kita segar dan berkeyakinan.

Memang ada jenis orang yang tak pakai deodorant sebab dia yakin bahawa dia tiada bau badan. Tapi!! Buatnya satu hari anda kena buat kerja yang mengeluarkan peluh yang banyak, tempat tiada angin pula, masuk dalam lift ke contohnya, tak ke kepam dah bawah lengan tu? OMG, Ayue memang tak boleh terima kalau terbau bau ketiak tau! Sangat tak cool okey. Paling banyak pengalaman macam ni terjadi bila naik kenderaan awam masa orang balik kerja tu. Fuhh, dia punya bau. Haha.

Jadi, anda yang kuat berpeluh macam Ayue, mohon pakai deodorant ya. Dengan cuaca yang panas terik sekarang ni, berjalan pun rasa macam berlari, peluh memang berjurai-jurai keluar. Macam-macam bau nanti ada. Kan best bila dah pakai deodorant, badan  rasa segar, ketiak pun putih! Hehe.


Oh ya, cakap pasal lari, Nivea ada buat larian, NIVEA EMPORWER RUN 2016. Objektif larian ini ialah bagi membantu wanita miskin dan kurang berkemampuan dengan menderma keuntungan dari larian ini kepada Badan-badan Kebajikan, For Wisdom And Revolutionary Development (FORWARD) dan beberapa NGO yang membantu masyarakat yang kurang mampu untuk membeli makanan.

Selain tu, pihak Nivea juga ingin menghulurkan bantuan dengan melengkapkan wanita-wanita ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh menyara anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini kerana tidak mampu. Alhamdulillah, bagus kan?


Jom join larian ni nak? Sambil lari, boleh bantu mereka yang memerlukan. Tapi sebelum lari pakai deodorant dulu okey? Haha.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
www.themarathonshop.com.my/niveaempowerrun


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.