Majlis Pelancaran Minyak Wangi Fasha Sandha & RTW Rita by D'Haja

16 April 2016

Assalamualaikum. Ayue ni memang suka pergi kedai shawl. Saja lah nak tengok shawl apa yang tengah trend sekarang ni kan. Kalau pergi ke Seksyen 7 Shah Alam tu, mesti masuk D'Haja sebab suka tengok shawl-shawl nya yang eksklusif tu. Hari tu Ayue dan Numi dijemput ke Majlis Pelancaran Minyak Wangi Fasha Sandha & RTW Rita by D'Haja di PWTC. Kebetulan memang kami ada di KL, jadi memang Ayue tak lepas peluang lah.


Pada Ayue gandingan Fasha Sandha dan Rita Dato' Sosilawati dengan D'Haja adalah sangat tepat kerana kedua-dua mereka merupakan wanita yang berjaya. Malah Puan Ija Ahmad, pengasas D'Haja sendiri memilih mereka kerana Fasha Sandha kerana dia memiliki keperibadian dan aura tersendiri. Manakala Rita pula mempunyai minat yang mendalam dalam fesyen.


Ayue dan Numi sempat bau sendiri wangian dari Fasha Sandha ni. Memang wangi dan mampu milik. Pada Ayue minyak wangi Fasha Sandha adalah sangat segar dan lembut. Sesuai untuk wanita mempunyai hati lembut macam Ayue. Hahaha. Idea pemilihan bauan ni datang sendiri dari Fasha Sandha, jadi anda kena bau dulu okey. Bau tau betapa wanginya minyak wangi Fasha Sandha ni.



Apa yang menarik perhatian Ayue adalah minyak wangi Fasha Sandha ni tahan sehingga 12 jam baunya dan boleh di bawa solat. Itu yang paling penting kan. Harga minyak wangi Fasha Sandha hanyalah RM37.00 sebotol dan sesuai untuk semua lapisan umur. Bukan saja boleh didapati di Malaysia, malah Singapore, Brunei dan Abu Dhabi juga boleh. 

RTW Rita by D'Haja pula adalah koleksi yang anggun dan sopan. Sesuai untuk wanita muslimah diluar sana yang mencari fesyen untuk smart casual dan baju harian. Puan Ija sendiri memilih Rita untuk diganding bersama kerana koleksi RTW nya berkonsepkan selesa, sopan dan bersesuaian dengan koleksi Hijab D'Haja.


Antara koleksi RTW Rita by D'Haja ialah Maise (Abaya), Victoria (Pants), Layla (Skirts), Isabelle (Top) dan Olivia (Blouse) dan bermula dari harga RM100 hinggan RM120 saja. 




Cepat-cepat grab tau. Ayue pun macam nak grab satu nanti. Tak tahan tengok koleksi-koleksi yang cantik ni. Nanti Ayue buat OOTD okey? Cewah.

Untuk anda yang ingin beli wangian Fasha Sandha dan RTW Rita by D'Haja, ia boleh didapati di seluruh cawangan D'Haja, di semua premium stokis negeri dan agen-agen seluruh Malaysia.

Oh ya, RTW Rita by D'Haja juga boleh di dapati di zalora.com.my pada April 2016 ni.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.