Pengalaman shooting bersama Chef Ismail, Nadiya Nisa dan Pensonic

27 April 2016


Assalamualaikum. Ayue memang suka memasak. Pantang nampak resepi pelik sikit, mesti Ayue nak cuba. Lagi-lagi kalau resepi tu mudah untuk dimasak. Haa, lagi membuak-buaklah rasa ingin mencuba tu. Kebetulan FB Page Pensonic ada buat contest "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail". Syarat dia pun pada Ayue sangat lah mudah. Ayue pun join lah. Hehe.


Alhamdulillah, rezeki Ayue sebab tersenarai diantara 7 pemenang yang lain. Seronoknya bukan main! Rasa nak melompat tau sebab Ayue bukan saja menang produk dari Pensonic, tapi dapat shooting masak bersama-sama dengan Chef Ismail di rumah Ayue sendiri!! Gila awesome. Bukan senang nak rasa masakan Chef yang memang dimasak khas untuk kita okey. Ayue rasa bersyukur sangat-sangat bila diberi peluang macam ni.

Entry Contest Ayue di Pensonic| Klik untuk resepi


Shooting yang kami buat ni adalah untuk rancangan masakan masa bulan Ramadhan nanti. Akan ada satu episod di mana Ayue, Chef Ismail dan seorang lagi selebriti yang akan meng-havoc kan lagi keadaan. Nak tahu siapa dia?? Haa, NADIYA NISA!! Ayue dah lah memang suka lakonan dia yang bersahaja tu. Bayangkan macam mana excited nya Ayue nak shooting dengan Chef Ismail dan Nadiya Nisa. Nervouse tak ingat punya.


Masa krew produksi datang ke rumah, Ayue risau juga kalau Ayue tak dapat buat dengan baik dan mereka perlu shoot banyak kali. Mak Ayue kat kampung pun tergelak besar bila tahu Ayue nak masuk TV. Hehe. Tapi alhamdulillah, semua krew sangat ramah dan banyak ajar Ayue macam mana nak berdepan dengan camera. Yelah, selama ni kalau keluar TV pun hanya beberapa saat. Itu pun sebab di interview tentang sesuatu topik. Kali ni satu episod terus. Mahu tak cuak Ayue?




Chef Ismail pula memang terlebih ramah. Riuh rendah rumah bila Chef sampai. Ayue yang kekok ni terus jadi spontan bila berborak dengan Chef depan camera. Nadiya Nisa pula kelakar, memang kena lah tu. 




Semua produk yang kami guna adalah dari Pensonic. Walaupun Ayue cuma ada blender saja di rumah, tapi Ayue tahu yang produk keluaran Pensonic semuanya berkualiti. Tak mudah rosak dan boleh dipercayai. Ayue suka sebab ianya keluaran tempatan dan harganya pula sangat berpatutan. 


Tak sabar rasanya nak tengok muka sendiri dalam TV nanti. Harap-harap okey lah. Mohon jangan ketawa tengok muka Ayue nanti tau. Hehe. Oh ya, sekarang ni FB Page Pensonic ada buat contest lagi tau. "Raya-Merdeka Cook With Chef"  dimana pemenang bertuah akan masak bersama-sama dengan Chef secara live. 


Syaratnya mudah saja, anda hanya perlu beli mana-mana produk Pensonic dari Chef's Like, hantarkan resit dan isi borang penyertaan. Mudah sangat kan? Jangan lupa join okey, mana lah tahu ada rezeki menang macam Ayue. Syukur.

Terima kasih Pensonic sebab bagi peluang pada Ayue untuk masak bersama Chef Ismail dan Nadiya Nisa. Dan paling penting, terima kasih pada keluarga bakal mertua Ayue sebab sentiasa bagi sokongan pada minat Ayue sampai sudi izinkan Ayue shooting dekat rumah. Tak rehat-rehat dari tengahari sampai ke petang. Allahu, tak tahu nak ucap terima kasih macam mana. Sampai ucapan pun dah macam menang anugerah ni? Haha.


Jangan lupa tengok episod rancangan masak Ayue bersama Chef Ismail dan Nadiya Nisa nanti kalau nak tahu resepi yang kami masak okey. Wajib cuba sebab sedap sangat. Serius! Tapi bukan sekadar tengok je, ada contest "Watch & Win" lagi untuk anda yang sudi tengok rancangan ni tau. Haa, sambil tengok sambil menang. Manalah tau rezeki?


Rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic

Episod : 2
Tarikh : 23 May 2016
Waktu : 6.00pm - 6.30pm
Saluran : TV3


Bukan saja di TV3, tapi ada juga di HyppTV. Boleh rujuk info dibawah ni kalau nak tengok semua resepi dari Chef Ismail di setiap episod ya.


Senarai pemenang bersama selebriti


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.