Buffet Ramadhan | INTEKMA Resort Shah Alam

25 May 2016

Assalamualaikum. Kalau di area Shah Alam ni. Salah satu tempat yang famous untuk berbuka puasa adalah di Buffet ramadhan 2016 di INTEKMA Resort, seksyen 7, Shah Alam kerana harganya yang sangat murah dan berpatutan.

Untuk mereka yang inginkan privasi, anda boleh berbuka di Dewan Sri Bestari manakala buffet ramadan untuk public di sekeliling kolam renang. Yang dalam dewan tu sesuai lah untuk mereka yang nak buat majlis berbuka puasa pejabat atau syarikat kan. Lebih tenang dan seronok.


Banyak juga hidangan menu yang disediakan. Pada Ayue, untuk harga RM55 seorang itu sangat murah dengan kuantiti makanan yang ada di INTEKMA ni. Ada kari kepala ikan, kerabu, murtabak, roti john, kuay teow, mee goreng, bubur lambuk, dan yang paling besat, kambing panggang. Antara gerai-gerai yang ada di sini pula adalah:











Menu Berbuka Puasa Di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC)


Gerai 1

Bubur Lambok Daging, Bubur Lambok Ayam
Mee Kari
Sup Kambing Berempah
Sup Perut


Gerai 2

Mutabak Ayam & Daging Dalcha, Kari Ayam


Gerai 3

Kambing Bakar


Gerai 4

ABC, Ais krim


Gerai 5

Rojak Mamak
Sotong kangkung


Gerai 6

Roti John





Semuanya live stall! Banyak kan? Ayue sampai tak tahu lah nak makan yang mana satu. Hehe. Pemanis mulut pun tidak kurangnya. Ada pelbagai jenis yang anda boleh pilih. 




Macam mana? Best? Jom berbuka di INTEKMA.



Harga Buffet Ramadhan Intekma Resort & Convention Centre (IRCC) 2016

Berbuka Puasa :
RM55 nett dewasa
RM27 nett kanak-kanak (6 tahun – 12 tahun)

Pakej keluarga : RM149.00 nett (2 dewasa + 2 kanak-kanak)

Alamat :

INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE

Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tel: +603 5522 5009/5001/5222/5066

Facebook: INTEKMAResort
Instagram : @intekmaresort


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.