Jantung sihat dengan Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats

29 May 2016

Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue berkesempatan hadir ke majlis pelancaran Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats, kombinasi dua bahan yang dapat merendahkan kolesterol secara semulajadi iaitu ACTICOL ® dan Beta-glucan. Majlis ini dilancarkan oleh penggalak kesihatan jantung Malaysia, Nestlé Omega Plus®.

L – R: Model, Cher Siew Wei; Corporate Wellness Manager (Nestlé Malaysia), Khoo Kar Khoon; Communication Director (Nestlé Malaysia), Ng Su Yen; Business Executive Manager (Milks, Nestlé Malaysia), Chew Soi Ping; Executive Director (Sales, Nestlé Malaysia), Chris Chan; Consumer Marketing Manager (Nestlé Malaysia), Alesha Mah; Brand Manager (Nestlé Malaysia), Evelyn Yoong; Innovation and Renovation Manager (Nestlé Malaysia), Model

Untuk pengetahuan anda, Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats merupakan satu-satunya susu yang mempunyai ACTICOL®, sterol tumbuhan yang membantu merendahkan kolesterol tidak baik (Low-Density Lipoproteins atau LDL) dengan menghalang penyerapan kolesterol. Malah ACTICOL® juga terbukti secara saintifik untuk membantu menyekat kolesterol dengan menghalang ia daripada diserap ke dalam aliran darah. Beta-glucan pula sejenis serat banyak terdapat di dalam oat berfungsi untuk membuang kolesterol daripada badan.


Dwi-tindakan (The Power of Two) ini lah yang akan menyekat dan menghapuskan kolesterol yang membantu rakyat Malaysia menguruskan paras kolesterol dengan lebih berkesan, berbanding pengambilan oat semata-mata.

Ayue tahu, ramai rakyat Malaysia menganggap bahawa penyakit jantung merupakan penyakit yang hanya menyerang warga tua. Salah sama sekali. Kajian mengatakan mereka yang berumur 30-an mempunyai arteri yang sama dengan mereka yang berumur 70-an kerana gaya hidup yang diamalkan. Nampak tak? Luaran nampak muda, tapi dalaman? Kalau kita tidak jaga jantung kita dari awal, besar kemungkinan kita akan menghidap penyakit jantung diusia yang sangat muda.

Tapi takpa, anda jangan risau kerana Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats ada jalan penyelesiannya. Dengan membuat perubahan kecil pada gaya hidup anda seperti kerap bersenam dan makan makanan sihat dan dilengkapi dengan dua hidangan Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats sehari boleh meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang berisiko.


Dibungkus di dalam sachet yang yang kecil memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana. Malah cara menyediakannya juga mudah, hanya tambah 200ml air panas,kacau dan sedia untuk diminum. Ayue sendiri sudah rasa Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats ni masa majlis pelancaran tu. Takda masalah untuk diminum jika anda bukan penggemar oats, kerana kombinasi susu Omega Plus dan oats sangat sedap!


Ayue juga sempat bermain permainan berkaitan kolesterol dan periksa kadar kolesterol yang ada di dalam badan Ayue ni. Disebabkan berat badan Ayue naik kebelakangan ni, Ayue dapat agak yang kadar kolesterol Ayue mesti tinggi. Dengan bacaan 5.1, hampir kepada border line, Ayue dah risau. Kena cepat-cepat amalkan pengambilan Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats ni untuk mengurangkan kolesterol dan kembali sihat.





Untuk anda yang juga ingin menjaga kesihatan jantung dari awal, boleh dapatkan Nestlé Omega Plus® Milk dengan Oats pada semua hypermarkets dan supermarkets, cawangan AEON, AEON BIG, GIANT, TESCO, Econsave dan MYDIN dengan harga RM 19.98 (10 sachets x 42g dalam satu beg kecil).


Untuk maklumat lanjut mengenai boleh layari :




xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.