Assalamualaikum. Siapa yang tidak kenal dengan jenama LUX. Dah bertahun-tahun jenama ni terus menerus memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk menjadi lebih menyerlah, tampil yakin dan cantik. Sejak dari zaman Ayue sekolah lagi Ayue dah tertarik dengan jenama Lux sebab sabun mandiannya yang sangat wangi.
Apa yang membuatkan Lux Magical Spell ni sangat best berbanding jenama sabun mandian lain adalah harumannya berkekalan sehingga 8 jam! Siapa yang tidak suka jika bau badannya mampu bertahan wangi sehingga berjam-jam lamanya. Kalau letak perfume sebotol pun, tapi bau badan busuk tiada guna juga kan. Hehe.
Lux Magical Spell berfungsi sebagai haruman yang sangat menyerlah dan kuat dengan kehadiran bunga Orkid Hitam. Bila bau kulit kita wangi dan bertahan sehingga 8 jam, mesti kita rasa lebih confident kan. Pada Ayue, keyakinan yang tinggi adalah salah satu pendorong untuk kita kekal cantik dan rasa lebih berani berhadapan dengan orang ramai. Betul tak?
Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik dah nak raya. Sekejap je masa berlalu sekarang ni kan. Mesti ramai yang dah tempah baju raya betul tak? Yela, kalau nak tempah kena tempah awal-awal. Kalau tak, ada yang menangis pagi raya sebab baju raya masih belum siap. Hehe.
Macam Ayue, hampir setiap tahun Ayue hanya membeli terus baju yang sudah siap dijahit. Pada Ayue ia lebih murah dan mudah berbanding Ayue kena cari kain dan hantar jahit. Lagi pula sekarang ni banyak baju yang cantik-cantik dijual secara online. Rambang mata dibuatnya.
Antara baju raya yang sentiasa menarik perhatian Ayue adalah baju raya dari pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Macam tahun-tahun sebelum ni, Jovian Mandagie telah mengeluarkan koleksi rayanya yang meletops tu untuk menjadikan hari raya kita glamorous. Tahun ni Ayue sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri fashion show koleksi raya 2016 yang dibawakan khas oleh Lux.
Untuk peminat Lux dan Jovian Mandagie, Ayue ada berita best nak share dengan anda. Disebabkan rekaan Jovian Mandagie adalah sangat BOLD, bersesuaian dengan misi Lux yang inginkan wanita di Malaysia menjadi lebih menyerlah dan menawan walau dimana saja mereka berada. Untuk pertama kalinya, Lux membawakan khas koleksi baju raya 2016 dari Jovian Mandagie untuk Koleksi Raya ZALORA. Ini bermaksud, Setiap koleksi baju Jovian Mandagie untuk ZALORA didatangkan dan diserlahkan dengan haruman Lux Magical Spell. Wah! Baju raya bau wangi lah nanti.
Bukan saja kita rasa cantik dan glamour dengan rekaan Jovian Mandagie, tapi rasa lebih berkeyakinan lagi dengan bau wangi tu. Yela, raya nanti kan panas, dari pagi sampai ke malam melayan tetamu yang hadir. Mesti lah kena sentiasa wangi. Kolaborasi diantara Lux dengan Jovian Mandagie dan ZALORA ni pada Ayue sangat lah tepat. Kehadiran wangian Lux Magical Spell yang mengasyikkan dengan harumannya yang berkekalan sehingga 8 jam menyerlahkan lagi rekaan koleksi Raya yang bergaya dan elegan.
Sewaktu fashion show haritu, Lux membawakan satu lagi kejutan buat peminatnya. Pada awal acara berlangsung, hadirin disajikan dengan tips2 untuk menggayakan scarf leher. Terdapat 4 stail yang ‘in’ dan ‘trendy’ semuanya. Jovian Mandagie telah mereka 2 jenis skaf leher khas buat Lux. Yang paling surprise sekali adalah apabila dimaklumkan bahawa skaf leher itu juga didatangkan dengan haruman haruman Lux Magical Spell yang berkekalan sehingga 8 jam! Dan yang seronoknya, kami juga dapat membawa pulang skaf leher tu. Yeay! Seriously, memang wangi sangat. Sukanya Ayue. Hehe.
Dulu masa di sekolah kalau mandi guna sabun Lux kira ‘cool’ habis dah. Mana tidaknya, duduk dalam bilik prep, orang sekeliling boleh bau wangiannya. Sekarang ni Ayue paling suka rangkaian Lux iaitu Lux Magical Spell.
Dah hampir 4 bulan dah Ayue menggunakan Lux Magical Spell dan Ayue sangat puas hati dengan haruman berkekalannya. Dari pagi sampai ke petang masih lagi wangi. Kadang-kadang tu Ayue saja cium tangan, lengan sebab suka dengan bau Lux ni. Hehe. Paling penting, Ayue tak risau dah orang akan hidu bau yang tak best jika badan Ayue berbau.
Okey, berbalik pada koleksi Jovian Mandagie, yang dibawa khas oleh Lux ni. Koleksi kali ini akan menyampaikan 40 jenis kurung moden yang berinspirasi dari rupa dan stail klasik salah satu daripada kerabat diraja yang paling ikonik abad ini, Grace Kelly, sebagai tema untuk koleksi Raya 2016. Sesuai sangat kolaborasi ni, sebab Lux memang sentiasa memberi inspirasi untuk wanita tampil menyerlah, BOLD dan yakin, sesuai dengan koleksi Raya Jovian Mandagie ini yang bergaya dan elegan. Memang matching sangat untuk wanita-wanita Lux lah!
Tahu tak sebenarnya Grace Kelly juga pernah menjadi duta Lux masa zaman 50-an dulu! Ah, memang meletops la gandingan Lux dengan Jovian Mandagie kali ni.
Setiap koleksi baju Jovian Mandagie untuk ZALORA didatangkan dan diserlahkan dengan haruman Lux Magical Spell.
Koleksi ini terdiri daripada pelbagai jenis fabrik bertekstur, kain krep mewah, chiffon ringan, jacquard dan unsur-unsur sutera imperial yang halus diaksen dengan manik kristal, batu permata, bugles, doh garam dan manik kaca. Koleksi ini dibuat khas untuk setiap wanita yang mahu kelihatan feminin, luxe, dan dengan daya tarikan diraja unik yang juga Grace Kelly sendiri akan mengiktiraf. Cantiknya! Rekaannya nampak sangat elegan. Ayue sukakan rekaan yang menggunakan kain krep mewah tu. Seronoknya kalau dapat pakai raya nanti.
"Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini. Setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur," kata Jovian Mandagie.
Ramai juga barisan artis yang datang memeriahkan fashion show tu. Masing-masing terpegun dengan rekaan eksklusif dari Jovian Mandagie ni. Malah seluruh Glasshouse juga berbau sangat wangi dengan haruman Lux Magical Spell.
Harga untuk koleksi ini adalah di antara RM320 hingga RM590. Jovian Mandagie untuk ZALORA, yang dipersembahkan kepada anda oleh Lux, boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih yang ZALORA, dan di kedai-kedai Jovian pada bulan Jun. Apa lagi, cepat-cepatlah grab okey. Boleh glamour raya nanti. Cewah.
xoxo,
Join the conversation!