Assalamualaikum. Susu sejat penuh krim atau selalunya orang akan sebut susu cair ni memang wajib dalam masakan. Lagi-lagi kalau dessert. Kebanyakan menu mesti guna susu sejat ni. Untuk yang masak tidak menggunakan santan pun boleh digantikan dengan susu sejat. Jadi jenama susu sejat yang mana menjadi kegemaran anda?
Pada Ayue, susu sejat penuh krim IDEAL memang terbaik. Tak pernah mengecewakan. Masak apa pun mesti sedap. Ramadhan nanti mesti banyak menu kuih muih yang anda nak buat kan? Beli siap-siap buat stok dekat dapur tau. Hehe.
Sempena bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang ni, Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® dan Master Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah bekerjasama untuk membuat bengkel masakan. Ayue sendiri telah hadir ke bengkel masakan yang pertama iaitu di AEON Mall Shah Alam.
Dalam foto adalah Chef Dato’ Fazley sedang menyediakan hidangan istimewanya, iaitu Pasta Ayam Salai Lemak Cili Api yang dicipta bersama Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®. |
Chef Dato’ Fazley berkongsi dengan kami yang hadir resepi manisan inovatif, seperti Krumble Pisang dan Pic dengan SosVanila dan Puding Jagung Berkrim dengan menggunakan IDEAL® untuk menambahkan citarasa dan tekstur lemak berkrim kepada hidangan manisan tu.
Seriously sangat sedap okey. Paling Ayue suka adalah Krumble Pisang dan Pic dengan SosVanila. Lain sungguh rasanya dengan krumble yang pernah Ayue makan sebelum ni. Sedap dia lain macam.
Untuk anda yang ingin menyertai bengkel masakan ni, IDEAL® dan duta jenamanya Chef Dato’ Fazley akan menjalankan bengkel masakan di stor terpilih dalam Lembah Klang bermula dari 14 Mei untuk demonstrasi masakan kepada tiga resipi baharu yang dicipta bersama IDEAL®. Risalah resipi istimewa ini boleh didapati di semua hypermarket utama.
Seronok lah ramadhan tahun ni ada resepi baru. Hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila lawati www.fndairies.com
xoxo,
Join the conversation!