My Stupid Boss | Sinopsis dan Movie Review

20 May 2016

Assalamualaikum. Ayue ni bukan lah jenis yang suka tengok cerita atau rancangan lawak. Lagi-lagi yang jenis realiti show tu, lagi lah Ayue tak follow. Kadang-kadang dah final baru Ayue tengok sebab susah nak jumpa satu cerita atau karya yang betul-betul boleh buat Ayue ketawa. Tapi bila Ayue tengok filem My Stupid Boss hari tu, memang Ayue ketawa dari awal sampai habis! Penat tersengih-sengih dalam panggung wayang tu tau.


Sejujurnya, memang Ayue akui, Ayue tak jangka pun filem ni best. Siap dah rancang nak balik awal tau. Tapi bila permulaan cerita dah ketawa, terus melekat sampai ke sudah. Haha. 


Untuk pengetahuan anda, filem My Stupid Boss (MSB) ni merupakan filem adaptasi dari buku popular dan terlaris dari Indonesia hasil karya Chaos@work yang diambil dari empat jilid penerbitannya. Bukan senang nak menterjemahkan karya buku ke skrin lebar tau. Apatah lagi buku yang popular, mesti orang ramai mengharapkan filem ini meletup.


Menariknya, filem terbitan syarikat Falcon Pictures ini menjalani penggambaran 100% di Kuala Lumpur. Ayue sendiri tak sangka kerana latar belakang nya tidak seperti di Kuala Lumpur walaupun ada beberapa barisan pelakon dari Malaysia yang memegang watak sampingan di dalam filem ini seperti Nadiya Nisaa dan Sherry Alhadad.




Meskipun dari awal hingga habis filem ini sarat dengan komedi yang bersahaja dan bukan dibuat-buat, ia merupakan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kesannya cukup mendalam apabila ia dipaparkan dalam bentuk komedi yang serius dan bukan dibuat-buat untuk menggelikan hati penonton. 



Itu sebenarnya yang membuatkan Ayue mampu ketawa menonton filem ni berbanding dengan filem yang komedinya dibuat-buat dan hanya mengharapkan skrip untuk menghasilkan komedi. Jom Ayue nak cerita sikit sinopsis filem ini untuk rujukan anda.


Sinopsis


Mengisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan.

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'. 

Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.

...............


Falcon Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic 8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie, Sejadah Ka'bah dan banyak lagi. Dengan melantik syarikat perfileman berpengaruh iaitu Skop Production Sdn Bhd sebagai pengedar filem ini di seluruh pawagam di Malaysia, Produser Frederica sangat berpuas hati dengan kerjasama diberikan semua pihak sepanjang menjalani penggambaran di negara ini.

Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia,Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19 Mei ini. Jangan lupa tonton okey? Ayue sangat pasti anda takkan menyesal tengok. Ini serius!







Info Produksi

Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)
Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)
Penerbit: HB Naveen & Frederica
Pengarah: Upi 
Genre: Komedi/ Drama
Durasi: 107 minit
Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.
Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad 
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.