Playboy Fragrances | Press to Play with Play It Wild

02 May 2016

Assalamualaikum. Setiap orang ada mood yang berbeza-beza setiap hari. Sama lah dengan Ayue pun. Bila mood Ayue berbeza, kemungkinan besar citarasa Ayue juga berbeza. Sebab tu Ayue ada beberapa koleksi perfume untuk disesuaikan dengan mood Ayue tu.

Perfume juga melambangkan personaliti seseorang tau, jadi pemilihan perfume sangat penting sebenarnya untuk menonjolkan diri kita di khalayak ramai. Salah satu perfume yang menarik perhatian Ayue adalah koleksi terbaru Playboy Fragrance, Play It Wild.



Playboy Play It Wild

Koleksi Play It Wild adalah wangian duo terbaru dari Playboy. Ada koleksi untuk lelaki dan juga perempuan. Packaging nya saja dah membuatkan Ayue tertarik apatah lagi bau nya yang bersemangat, dinamik dan sangat menggoda tu. Anda hanya perlu "Press to Play", Play It Wild.





Play It Wild for HER

Dengan campuran haruman bunga violet dan orange, serta sedikit Neroli dan Vanila, dah cukup menggambarkan betapa wanginya rangkaian Play It Wild for Her ni. Kena dengan jiwa Ayue yang sukakan bau seperti buahan yang lebih bold, tetapi tidak terlalu kuat. Haruman sebegini boleh mempengaruhi keyakinan diri tau kerana ia lebih feminin.


Ayue sukakan packaging nya yang berbentuk bulat, lambang playboy dan ribbon di penutupnya dengan corak harimau bintang! Nampak cantik dan sexy sangat okey. Nak bawa ke mana-mana pun sangat mudah, letak saja didalam beg.



Bukan saja fragrance, koleksi Play It Wild juga ada deodorant. Tak lengkap lah kalau keluar rumah tak pakai deodorant kan? Wajib spray deodorant sebelum keluar berjumpa orang ramai untuk pastikan tiada bau kurang menyenangkan nanti. Maklum lah, Malaysia sedang mengalami musim panas terlampau sekarang.


Harga Play It Wild for HER
Play It Wild For Her Eau de Toilette – RM 42.90 | 50ml

Play It Wild For Her Deodorant Body Spray – RM 18.90 | 150ml



Play It Wild for HIM


Untuk haruman lelaki pula, ia merupakan gabungan lemon, limau gedang dan buah pala. Macam yang selalu Ayue beritahu, Ayue suka lelaki yang memakai perfume berbau manly, tetapi tidak terlalu kuat. Haa, kenalah tu dengan Play It Wild for Him ni. Sedap mata memandang, sedap lagi hidung menghidu. Cewah!



Berbeza dengan packaging Play It Wild for Her, Play It Wild for Him pula lebih simple. Sesuai dengan citarasa lelaki yang kebanyakkannya hanya sukakan yang simple. Less is more. Corak seperti tentera dengan lambang Playboy ditengahnya saja sudah memadai.



Harga Play It Wild for HIM
Play It Wild For Him Eau de Toilette – RM 39.90 | 50ml
Play It Wild For Him Deodorant Body Spray – RM 18.90 | 150ml


Macam mana? Suka tak? Disebabkan bentuknya sangat awesome, anda boleh je nak bawa ke mana-mana. Jadi props sambil OOTD pun style tau! Boleh spray tak kira siang ke malam lagi. Memang sesuai harumannya untuk sebarang event. Nak keluar berjimba dengan rakan ke, nak keluar dating dengan boyfriend/girlfriend pun boleh. Harganya pun pada Ayue sangat berpatutan. 



Anda boleh dapatkan koleksi Play It Wild ni Aeon, Aeon Wellness, Caring, Giant, Guardian, Parkson, 99 Speedmart, Tesco, Watsons, farmasi dan supermarkets.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Global website : Playboyfragrance.com 
FB Page : www.facebook.com/PlayboyFragrancesMalaysia 




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.