Assalamualaikum. Sebut saja L'oreal Paris, siapa yang tak kenal kan? Jenama alat solek Perancis yang termasyhur di seluruh dunia. Baru-baru ini L’oreal Paris telah melancarkan identiti baru dalam pengeluaran produk mereka iaitu L’oreal Paris Makeup Designer atau Pereka Solekan L’oreal.
Sebenarnya, L’oreal Paris Makeup Designer ni memberi peluang kepada kita, wanita yang mahu makeup sendiri dengan sempura. Solekan ala makeup artis gitu. Puas juga Ayue try semua produk yang ada. Best gila! Paling Ayue suka False Lash Superstar Mascara tu. Bulu mata Ayue yang pendek ni terus jadi panjang tau.
L’oreal Paris Makeup Designer mempunyai tiga aspek kecantikan iaitu senibina wajah (face architect), kesenian mata (eye artistry) dan obsesi warna (color obsession).
Yela, kita sekarang ni kan suka selfie? Mana-mana pergi mesti nak ada gambar selfie seketul. Kenangan abadi kononya. Dengan Face Architect, anda boleh dapatkan selfie yang sempurna. Ciri-ciri Eye Artistry pula membolehkan anda keluar dari kepompong yang selesa kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri kesempurnaan yang sophisticated dan mistik gitu. Manakala ciri-ciri Color Obsession pula menampilkan warna-warna berani yang menyerlahkan lagi personaliti seorang wanita.
3 Aspek Seni Solekan Yang Ditekankan
L’ARCHITECTURE DU TEINT (Face Architect): Kulit adalah kanvas, bertujuan untuk diserlahkan dengan sedikit warna. Kulit cantik sempurna adalah kulit yang nampak natural namun berseri dari dalam. Revolusi digital melahirkan keperluan untuk wajah asas yang berupa bebas mekap untuk efek fotografi.
L’ART DU REGARD (Eye Artistry): Biarkan mata anda berbicara dengan solekan sofistikated yang terperinci membawa anda jauh dari tatarias biasa. Sentuhan ala Perancis memberikan solekan sempurna, sofistikated dan penuh misteri. Dengan sentuhan dengan kemahiran menggunakan berus, mata tampil menawan dengan beberapa langkah mudah, menonjolkan sisi kreatif anda.
L’OBSESSION DE LA COULEUR (Color Obsession): Kejelitaan unggul Paris kini milik anda dengan pelbagai warna terang dan tekstur tersedia ada. Gunakan palet warna yang diluar imaginasi anda, untuk bibir yang mewah dengan rona yang mempersonakan. Reka, tingkatkan, serlahkan dan gayakan mood anda. Pilihlah warna anda, miliki warna anda. Gayakan dengan penuh keyakinan!
Antara produk yang terdapat dalam siri L’oreal Paris Makeup Designer ini adalah seperti False Lash Superstar Mascara, True Match Genius Two Way Cake, Glam Shine Balm dan Color Riche La Palette. Geram betul Ayue tengok Color Riche La Palette ni. Nak sambar satu nanti. Hehe.
Bukan tu je, L'oreal juga melancarkan aplikasi Makeup Genius di mana anda berpeluang untuk menggunakan alat solek yang dicadangkan oleh L’oreal Paris dan kemudian lihat sendiri kesannya pada wajah anda. Macam main makeup-makeup. Test try dulu solekan yang anda mahu di apps Makeup Genius. Lipstik merah menyala ke. Kalau sesuai dengan wajah anda, baru lah pakai. Awesome kan?
Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma di iPhone atau telefon Android anda.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Join the conversation!