Assalamualaikum. Sekarang ni makin banyak filem yang sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang disiarkan di pawagam. Makin ramai juga ibu bapa yang bawa anak-anak mereka ke panggung wayang untuk menikmati kepuasan menonton filem, betul tak?
Tapi pernah tak anda fikir macam mana agaknya perasaan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yang tinggal di rumah kebajikan apabila mereka tidak dapat merasai sendiri keseronokan menonton filem di pawagam bersama ibubapa mereka?
Baru-baru ni, Ayue hadir ke pratonton khas filem‘Angry Bird’ di TGV Bukit Indah, Johor Bahru bersama-sama dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari tiga rumah kebajikan iaitu Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian. Majlis pratonton ini dianjurkan oleh McDonald's dan Ronald McDonald House Charities (RMHC).
Untuk pengetahuan anda, RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu. Fokus RMHC adalah membantu kanak-kanak yang memerlukan. Empat program utama RMHC ialah:-
1. Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)
Menyediakan penginapan buat keluarga yang mempunyai anak menjalani rawatan di PPUKM (dan juga sekitar Kuala Lumpur). Sewa sebilik hanya untuk RM5 semalam
2. Ronald McDonald Gift of Smile
Membiayai pembedahan pembetulan sumbing bibir dan lelangit (cleft lip/palate) untuk memberi senyuman yang sempurna kepada kanak-kanak.
3. Ronald McDonald Sensory Room
Dibina untuk kanak-kanak yang menghadapi perkembangan mental lewat dan masalah sensori. Masalah sensori termasuklah sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan juga bau.
4. Program Biasiswa Ronald McDonald
Biasiswa Ronald McDonald telah membantu lebih daripada 500 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan bebanan keluarga mereka.
Sejujurnya, Ayue sendiri tak pernah terfikir bagaimana agaknya perasaan mereka bila tidak dapat merasai keseronokan menonton filem bersama ibu bapa mereka. Tapi bila melihat bagaimana teruja nya mereka bila di bawa keluar untuk menonton wayang, tersentuh hati Ayue ni. Masing-masing tidak sabar untuk menonton filem‘Angry Bird’, satu karakter yang pastinya sangat terkenal di antara kanak-kanak.
Menariknya, Ronald McDonald sendiri hadir di majlis protonton untuk menghiburkan kanak-kanak tu. Seronoknya masing-masing bila dapat bersalaman dan bergambar dengan Ronald. Bukan saja mereka, malah Ayue pun teruja tau. Siap selfie lagi. Hehe.
Sebelum filem ‘Angry Bird’ ditayangkan, pihak RMHC telah memberikan sedikit sumbangan kepada ketiga-tiga rumah kebajikan yang hadir. Nampak tak? Penuh satu hall panggung wayang ni.
Filem ‘Angry Bird’ ni mengisahkan tentang Red, seekor burung yang tidak boleh terbang. Red tinggal di Bird Island dan mempunyai masalah panas baran/marah yang terlampau hingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya. Disitu dia mengenali Chuck dan Bomb yang juga mempunyai masalah sepertinya. Kehidupan di pulau itu berubah dari ceria kepada huru hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh Kapten Leonard. Red, Chuck dan Bomb dalam misi mencari penyelamat lagenda Great Eagle untuk menyelamatkan pulau. Apabila mereka mendapati usaha mereka sia-sia, sekarang terserah kepada Red untuk merancang untuk menyerang Piggy Island.
Seronoknya kanak-kanak dari rumah kebajikan tu tonton filem ni. Hiruk pikuk hall tu dibuatnya dengan tawa mereka. Ayue yang dah tua ni pun seronok tengok filem ni sebab lawaknya yang spontan. Kelakar dari awal hingga habis. Paling seronok bila Ayue dapat lihat senyuman dibibir mereka. Tersentuh lagi hati Ayue ni. Sememeh sungguh! Haha.
Bayangkan jika anda ditempat mereka. Bagaimana agaknya? Pada Ayue kanak-kanak ni semua mempunyai hati yang sangat kuat. Jiwa kental sebab kecil-kecil lagi dah boleh menerima ujian sebesar ini. Kita yang dah besar ni pun belum tentu lagi akan sekuat mereka.
Jadi, sementara kita masih ada ibu bapa dan keluarga, sayangi lah mereka kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Luangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Lakukan aktiviti yang sihat. Cipta sebanyak mungkin memori yang indah. Hargai keluarga anda dan insyaAllah, bahagia pasti menanti.
Selesai menonton, kanak-kanak dari rumah kebajikan ini juga disajikan dengan Happy Meal dari McDonald's untuk makan tengahari mereka. Ayue ada dengar salah seorang dari mereka sebut “Wah, ada McDonald's lah! Bestnya”. Nampak tak betapa satu pemberian yang kecil boleh membahagiakan seseorang?
Benda ni menyedarkan Ayue untuk sama-sama bantu kanak-kanak di rumah kebajikan supaya mereka juga rasa disayangi. Anda pula bagaimana? Jom sama-sama bantu kanak-kanak kurang bernasib baik ni.
Untuk maklumat lanjut tentang program, biasiswa dan info lain tentang Ronald McDonald House Charities boleh layari : http://rmhc.org.my/
xoxo,
Join the conversation!