Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue ada pergi ke Girang Syawal Tiba yang diadakan di MYDIN USJ, Subang Jaya. Tiap-tiap tahun Mydin tak pernah miss kempen ni. Cuma kali ni Ayue rasa macam best sikit dari biasa sebab tahun 2016 ni baju raya di Mydin serius cantik-cantik gila!
Maklum lah, raya mesti ramai yang pakai sedondon kan. Kalau tak ada yang merajuk pula nanti. Kalau anda tercari-cari baju raya yang cantik dengan harga yang sangat murah, boleh singgah ke Mydin. Fesyen baju yang ditawarkan up to date tau.
Mydin memang terkenal dengan harga barangannya yang murah. Sebab tu tiap kali Ayue ke Mydin, tak pernah nya tak ramai. Penuh sentiasa. Lagi-lagi nak raya ni. Macam-macam promosi ada.
Di Mydin Hypermarket USJ, promosi yang sempat Ayue tengok adalah kurma, pelbagai jenis biskut raya, bekas kuih raya dan macam-macam lagi lah.
Untuk persiapan rumah pula, langsir juga ada dijual di Mydin. Cantik okey. Kalau anda rasa nak tukar langsir di rumah, tak nak langsir yang mahal, boleh tengok koleksi yang ada di Mydin ni. Manalah tau ada yang berkenan?
Biasanya kalau musim perayaan, ramai yang suka beli borong kan? Yela, harga borong kan jauh lebih rendah dari harga runcit. DI Mydin, anda boleh juga beli barang secara borong. Lagi jimat! Barangan peralatan kuih pun murah. Buttercup dijual dengan harga RM2.99 untuk 250g kot! Super duper murah! Mana nak dapat kat tempat lain?
Hanya di Mydin. Hehe. Jangan lupa singgah nanti okey.
Salam ramadhan.
xoxo,
Join the conversation!