Cara tonton UEFA EURO 2016 dimana saja pada bila-bila masa

15 June 2016

Assalamualaikum. Akhirnya UEFA EURO 2016 dah makin dekat. Tak sabar rasanya Ayue nak tengok. Jangan pelik tau sebab Ayue memang suka tengok bola, tapi tak semua lah. Perlawanan tertentu je yang Ayue tengok, itu pun game team pilihan Ayue. Hehe.Kali ni Ayue nak share dengan anda macam mana nak tengok UEFA EURO 2016 dengan mudah dan dimana saja.



Untuk anda yang tidak tahu, Astro merupakan penyiar rasmi acara sukan terbesar dunia iaitu UEFA EURO 2016 (Kejohanan Bola Sepak Eropah). Mereka akan membawa liputan yang lengkap dan komprehensif khas untuk anda bagi kesemua 51 perlawanan secara langsung!! Seronoklah peminat bola tu kan? Boleh tengok UEFA EURO 2016 tanpa sebarang gangguan.




Nak tonton UEFA EURO 2016 pada bila-bila masa dan dimana saja mudah je sebenarnya. Anda hanya perlu download aplikasi Astro on the Go (AOTG) di telefon pintar anda dan membeli ‘Pas Sukan’ (Sports Pass) untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2016 dengan harga RM104.95*.



Anda bukan pelanggan Astro? Takpa, tiada masalah. Anda tak perlu jadi pelanggan Astro pun untuk menonton UEFA EURO 2016. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menonton kesemua 51 perlawanan atau hanya menonton perlawanan team kesayangan anda dengan harga RM6 saja untuk setiap perlawanan. Macam Ayue, Ayue hanya mahu tengok perlawanan team Spain, jadi Ayue akan beli perlawanan mereka saja. Lebih jimat kan.

Tapi kalau anda seorang peminat tegar UEFA EURO 2016, beli sajalah Sports Pass tu. Apa ada hal? Kalau dah minat, semuanya pun sanggup. Hehe. Anda juga boleh tonton UEFA EURO 2016 secara percuma tau di Astro Arena menerusi aplikasi AOTG. Tetapi cuma terhad kepada 12 perlawanan.


Bukan itu saja, Astro juga memperkenalkan kepada anda aplikasi Stadium Astro. Sebuah aplikasi yang membolehkan peminat-peminat UEFA EURO 2016 mendapat berita-berita terkini, jadual dan keputusan perlawanan beserta statistic lengkap, dan profil kumpulan dan pemain pada bila-bila masa saja.





Apa yang paling menarik perhatian Ayue adalah anda boleh menonton sorotan setiap perlawanan dari pelbagai sudut kamera dan analisis perbandingan untuk setiap kumpulan dan pemain. Bukan satu kamera saja tau, tapi macam-macam sudut kamera ada!




Ayue ada berita baik untuk pemegang ‘Sports Pass’ yang melanggan aplikasi Stadium Astro di telefon pintar, istimewa untuk anda, anda boleh mengimbas kembali gol-gol terbaik dari para pemain, peluang-peluang sepakan keemasan dari pelbagai sudut dan banyak lagi sorotan-sorotan menarik yang dibawakan khas untuk anda. Wah, makin rancak lah tengok bola macam ni.

Nak tengok perlawanan apa, team mana yang main, tarikh dan masa pun tak jadi masalah dah. Semuanya cukup lengkap info yang disediakan dalam aplikasi Stadium Astro ni. Siap boleh tengok profil pemain yang Ayue suka tu. Hehe. Download saja aplikasi Stadium Astro di telefon pintar anda ataupun anda boleh tengok di laman web.


Antara fungsi terkini yang ada di dalam Stadium Astro adalah anda boleh membuat perbandingan di antara kumpulan dan pemain, membuat analisis statistic kumpulan pilihan masing-masing menerusi sepakan yang dibuat para pemain, ketangkasan dan kekemasan permainan pemain, jarak sepakan dari pelbagai sudut, kad-kad pengadil yang dilayangkan kepada pemain dan macam-macam lagi lah.





Pada Ayue aplikasi ni memang patut ada pada setiap peminat tegar UEFA EURO 2016. Betul tak? Serba serbi lengkap.

Bagi anda yang kurang faham, takpa. Ayue siap buatkan rumusan untuk anda.


Peminat tegar : Langgan Sportss pass (bernilai RM104.95) dengan kesemua 51 perlawanan di TV, Astro on the Go dan Stadium Astro app (Kamera pelbagai sudut!)

Jika anda hanya mahu tengok perlawanan tertentu : Download AOTG dan tonton perlawanan tertentu secara percuma atau bayar perlawanan pilihan anda hanya RM6 setiap perlawanan.


Okey, bawah ni pula Ayue terangkan bagaimana cara untuk anda beli ‘Sports Pass’ okey.


i) Bagaimana caranya membuat pembelian Pas Sukan Astro menerusi:
Peranti Android
Langkah 1: Muat turun dan lancarkan aplikasi Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com
Langkah 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)
Langkah 3: Terus ke “Store
Langkah 4: Pilih pakej“Pas Sukan UEFA EURO”dan beli.

Langkah 5: Setelah pembelian dibuat, anda akan dapat melihat perlawanan akan datang di tab Acara ‘Live’dan 2 saluran Euro 2016 di tab Sukan dan Saluran.


ii) Bagaimana membeli perlawanan secara individu (Langgan perlawanan individu dengan harga RM6* setiap perlawanan)
Peranti Android
Web @ www.Astroonthego.com
Langkah 1: Muat turun aplikasi AOTG

Langkah 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)

Langkah 3: Terus ke “Store

Langkah 4: Pada kategori Acara ‘Live’, pilih perlawanan yang anda ingin beli.

Langkah 5: Setelah pembelian selesai, anda boleh melihat perlawanan akan datang di tab Acara ‘Live’
Step 1: Layariwww.astroonthego.com

Step 2: Teruske“Store”

Step 3: Pada kategori Acara ‘Live’, pilih perlawanan yang anda ingin beli.


Step 4: Setelah pembelian selesai, anda boleh melihat perlawanan akan datang di Acara ‘Live’

iii) Bagaimana untuk menonton perlawanan secara percuma di Astro Arena
AplikasiMudahAlihdan Web @ www.astroonthego.com
Step 1: Muat turun dan lancarkan aplikasi Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com

Step 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)

Step 3: Pada tab Sukan atau Saluran, pilih Astro Arena





Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Astro on the Go: www.astroonthego.com
Stadium Astro : www.stadiumastro.com



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.