Assalamualaikum. Ramai betul yang tanya Ayue best ke tak Flash Plus 2 yang baru ni lepas Ayue cerita tentang ciri-ciri dan spesifikasi dia hari tu.
Flash Plus 2 |
Flash Plus 2 | Side View |
Flash Plus 2 | Back View |
Flash Plus 2 | 5.5 Inch Screen |
Flash Plus 2 | Front Camera 5MP with LED Flash |
Flash Plus 2 | Front Fingerprint Scanning |
Flash Plus 2 | Metal Replaceable Casing |
Flash Plus 2 | Rear Camera 13MP |
Flash Plus 2 | Bottom Back Speaker |
Flash Plus 2 | 3000mAh Battery Flash Charging |
Flash Plus 2 | Dual 4G SIM Dual Standby |
Ok lah, untuk anda yang tertanya apa pendapat Ayue tentang Flash Plus 2 ni, boleh baca review Ayue dibawah ya. Tapi sebelum tu, jom tengok video unboxing yang Ayue sediakan untuk anda. Mana lah tahu boleh jatuh cinta pandang pertama? Hehe.
Awesome Metal Design
Ayue ni jenis yang sangat simple. Ayue tak kisah nak pakai phone apa brand pun, janji boleh memenuhi keperluan Ayue, cukup lah. Masa kali pertama Ayue pegang Flash Plus 2 ni, Ayue dah suka dengan design dia yang nampak elegan dan eksklusif tu. Yelah, Metal casing kan? Siap boleh replaceable lagi tau ikut warna yang kita suka. Dan antara warna Venus Gold dan Luna Silver, Ayue lebih suka kan warna Venus Gold. Jiwa wanita kononnya.
Dengan berat hanya 157g, Flash Plus 2 ni merupakan phone yang paling ringan Ayue pernah ada. Tak rasa berat langsung, nipis pula tu. Kalau letak dalam poket seluar memang tak terasa. Pandangan pertama pun dah jatuh cinta, jom tengok ciri-ciri dia pula.
Venus Gold VS Luna Silver |
Kamera cantik!
Dengan harga bawah RM800, kualiti camera Flash Plus 2 ni memang boleh dipuji. Mana tidaknya, 13MP untuk kamera belakang dan 5MP untuk kamera depan! Kualiti pun cantik. Anda yang kaki selfie tu mesti suka sebab ada beauty mode. Bukan untuk gambar saja tau, tapi untuk video pun ada beauty mode. Haha.
Lens nya pula mempunyai 84.4° ultra wide-angle. Sangat luas sampai boleh muat ramai orang untuk group selfie. Puas hati!
Ayue pula memang addicted kepada aplikasi Snapchat. Hampir setiap benda Ayue share dalam tu. Jadi kamera sangat penting pada Ayue. Untuk phone yang harga mampu milik macam Flash Plus 2 ni, kualiti kameranya sangat memuaskan hati Ayue. Oh ya, kalau anda nak selfie masa gelap, on kan saja LED flash tu. Bukan saja belakang, tapi kamera depan pun ada flash tau. Kalau nak lagi cantik, on kan mode HDR. Tak payah filter-filter dah.
Untuk rear camera atau kamera belakang nya pula, Ayue sangat impressed dengan kualiti gambarnya yang cantik. Walaupun berada didalam bangunan dan low light, kualiti nya masih memuaskan hati.
Tangkap gambar kanak-kanak dengan KID MODE
Kanak-kanak memang sedia maklum sangat susah nak tangkap gambar. Kalau yang jenis suka bergambar tu takpa, tak payah suruh pun dah siap-siap posing. Tapi yang jenis tak reti nak duduk diam tu. Habis semua gambar bergegar macam entiti.
Dengan Kid Mode ni, bukan saja kanak-kanak, malah binatang kesayangan anda pun boleh pandang kamera tau. Kid Mode ni akan menghasilkan pelbagai bunyi untuk menarik perhatian mereka. Jadi anda hanya perlu standy kamera, ON kan Kid Mode, bila mereka pandang je terus snap okey? Best kan. Tak payah nak petik-petik jari, nak joget-joget lagi depan kanak-kanak semata-mata nak mereka pandang kamera. Haha.
Fingerprint Recognantion untuk unlock screen
Okey, ini antara ciri-ciri Flash Plus 2 yang paling Ayue suka. Anda hanya perlu sentuh jari di butang tengah phone, dan phone anda akan unlock sepantas 0.5saat!! Gila laju. Tak payah nak tekan-tekan button dah. Sentuh je jari anda. Lagi selamatkan?
Dan disebabkan unlock skrin guna fingerprint terlalu mainstream, Flash Plus 2 juga boleh unlock skrin dan terus membuka aplikasi pilihan anda dengan hanya satu jari. Satu jari untuk satu aplikasi. Contohnya, anda nak buka aplikasi Snapchat, setkan jari telunjuk kanan anda untuk terus ke aplikasi tersebut. Cool gila kan.
Flash Charging
Ayue paling tak suka kalau phone Ayue bateri tinggal hujung-hujung nyawa. Lagi stress kalau Ayue kena pergi event, dan phone takda bateri. Boleh rosak mood tau. Nak pakai power bank, leceh nak tangkap gambar dengan wayar berselirat tu betul tak? Ayue memang tak suka nak charge phone overnight sebab Ayue pernah rosak satu gadget disebabkan overcharged. Jadi Ayue memang prihatin lah bab-bab charge ni.
Flash Plus 2 ni membolehkan anda charge phone anda sepantas kilat. Hanya 30minit untuk charge sehingga 50% dan 1.5jam untuk fully charge. Cepat ke tak? Sekarang ni Ayue hanya charge phone bila dah bangun pagi, siap-siap nak pergi kerja tu. Bateri pun full. Dengan syarat, anda menggunakan power adapter dan USB cable yang original. Boleh tahan satu hari sebab bateri tak cepat drain.
So far ini lah ciri-ciri dan fungsi yang ada pada Flash Plus 2 yang Ayue suka. Kalau ada ciri-ciri lain yang best Ayue akan update ya. Harga untuk smartphone yang sangat awesome ni hanya lah :
RM599 untuk 2GB RAM/16GB Memory
RM729 untuk 3GB RAM/32GB Memory
Murah kan?! Cepat-cepat grab okey. Anda boleh order di Website Lazada Malaysia.
RM599 untuk 2GB RAM/16GB Memory
RM729 untuk 3GB RAM/32GB Memory
Murah kan?! Cepat-cepat grab okey. Anda boleh order di Website Lazada Malaysia.
xoxo,
Join the conversation!